Ironi

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari Khamis, 10 October 2013 merupakan hari terakhir peperiksaan semester 3 Diploma Pentadbiran Awam. Aku tidak tenang hari itu dan segalanya jelas dan nyata kerana aku telah keluar masuk toilet lebih 2 kali semata-mata hanya ingin membetulkan tudung di kepalaku sementara rakan-rakanku yang lain sibuk menelaah nota buat kali terakhir. Walau apapun, aku tetap berpegang dengan prinsip setengah jam sebelum peperiksaan bermula aku perlu kurangkan bercakap dan tidak boleh menelaah mana-mana nota apatah lagi buku yang tebal sebagaimana 2 orang teman rapatku lakukan sekarang.



Aneh sungguh, sepatutnya hatiku hari ini boleh mengecap rasa tenang kerana subjek membaca seperti Malaysian Legal System LAW245 sepatutnya mudah bagi aku. Tidak bermaksud angkuh, namun sekurang-kurangnya aku lebih mudah dalam memahami subjek membaca berbanding subjek yang banyak melibatkan kira-kira walaupun kadang-kadang aku lebih suka sesuatu yang ringkas seperti function saving atau first in first out.

Sebagaimana yang aku jangka, defamation memang sudah melekat dalam ingatanku lantaran terlampau banyak unsur fitnah berleluasa dalam dunia kecilku. Negligence juga begitu. Namun, lain halnya dengan part A. Terdapat soalan yang tidak dapat aku agak telah tercetak dengan megah dan statik di atas kertas soalan berwarna peach tuuu dan hanya Allah yang tahu betapa tangan dan hati ini sama-sama berdetak dan bergetar hebat-lantaran tidak ingat fakta. Tambahan, (okay, sedikit lagi alasan) sakit tanganku menulis untuk paper Introduction to Public Personnel Administration masih lagi belum sembuh. 

Tangan kananku sudah banyak kali terseliuh dan aku sangat-sangat perlu memakai guard tangan berwarna biru seandainya keperluan menulis lebih dari 14 muka surat kertas jawapan menuntutku berbuat demikian- huh -.-…

Keluar sahaja dari bilik peperiksaan seorang rakan yang kukenal ketika berpersatuan dahulu sedang termenung di bawah pokok ala-ala sawit dan menyapa aku serta teman-teman…katanya ingin keluar membeli makanan bersama. Aku telah menghabiskan masaku mendengar rakan yang tidak berapa rapat itu berceloteh mengenai soalan yang dia jawab-dan dia merupakan pelajar jurusan lain…mengenai bagaimana dia telah cuai dalam subjek logik, bagaimana dia mendapat carry mark tinggi dalam salah satu subjek yang diambilnya namun malang tak berbau dia merasakan bahwa jawapan final kira-kiranya sangat berbeza dengan rakan-rakannya yang lain dan akhirnya dia membuat personal assumption bahawa dia akan gagal subjek itu – walhal dia dekan setiap semester…

tiba-tiba satu fikiran yang lain menerjah kotak fikiranku- Bagaimana andai aku tidak dapat merangkul anugerah dekan tahun ini? Jawapannya sama ada:

-Oh tidak…

-alangkah malunya…

-redalah…kita study bukan untuk dapat anugerah…

-tak kisah pun, jangan fail sudah

-result tak keluar lagi, macam mana boleh buat negative thinking macam tu???

-Tawakkal, doa…solat hajat banyak-banyak…

-No comment. Not until the result is announced.

Ya, biarlah apa yang aku fikir ni terbuku dalam fikiran aku. Apa yang pasti aku perlu habiskan masa bercuti ni sebaik-baiknya. Dan tidak menghabiskan waktu indah ini dengan berfikir secara berlebihan mengenai anugerah dekan…

Aku pulang ke rumah menaiki kereta mama yang penuh dengan beg beg yang bertimbun berisi buku-buku dan pakaian. Umpama ingin pindah rumah. Serta merta kereta citra mama transform into a lorry- so much like a transformer the difference hanyalah Kia.

 Rumah anda boleh jadi membosankan bila terdapat kira-kira 5 ekor kucing dewasa yang mengerumuni anda setiap kali anda mahu makan dan bila televisyen di rumah rosak sehingga tidak mempunyai warna pada skrinnya dengan ayahanda anda beralasan bahwa adik anda bakal menghadapi exam penting tahun ini maka tiada keperluan untuk menggantikan tv buruk itu dengan televisyen baharu.

Oleh itu, aku telah berjaya copy cerita2 korea bermula dari Running Man yang lawak sehinggalah kepada cerita sedih macam I Hear Your Voice dari adik keduaku yang juga pulang ke rumah untuk bercuti selama seminggu. Walaupun aku terpaksa mendengar bebelannya kerana tidak perasan si jiran aka mak saudaraku telah memanggil-manggil dari tingkap rumah untuk menyerahkan daging korban.

 Aku baru sahaja lepas menduduki exam law dan aku baru sahaja menyedari law itu bukan takdirku seperti novel Andai Itu Takdirnya namun…Ironinya, drama Korea lakonan actor tak berapa kacak Lee Jong Suk, I hear Your Voice ialah sebuah drama berkisar undang-undang.

Babak paling sedih dalam drama ni bila seorang pesalah telah dihukum penjara selama 26 tahun atas satu pembunuhan yang tidak pernah berlaku- Left Hand Murder Case. Lelaki tersebut terpaksa berhutang untuk terus hidup demi menyara anak perempuannya yang sedang membesar. Isterinya yang sejak awal perkahwinan tidak pernah menyukai suaminya itu atas alasan lelaki itu banyak berhutang, serta tidak sanggup melihat anak perempuannya dibesarkan dalam keadaan daif lantas tekad memotong tangan kirinya dan bersembunyi. Perbuatannya itu telah menyebabkan suaminya dituduh membunuhnya dan menerima hukuman. 

Si isteri telah pergi berjumpa dengan hakim yang baru sahaja menjawat jawatan itu dan menawarkan anaknya untuk dijadikan anak angkat keluarga hakim tersebut kerana dia mengetahui hakim itu tidak mempunyai anak serta kes pembunuhan melibatkan suaminya itu merupakan kes yang penting buatnya. Lantaran diugut dan terkejut dengan kehadiran perempuan itu, hakim itu menerima tawarannya sambil berharap kes itu tidak lagi perlu dibicarakan semula demi menjaga reputasinya sebagai seorang hakim yang baru.


Beberapa tahun kemudian, si anak perempuan telah membesar menjadi prosecutor yang berjaya tanpa mengetahui hakikat sebenar keluarganya. Dia telah menjadi prosecutor kepada ayahnya sendiri yang didakwa buat kali kedua atas satu kesalahan yang tidak sengaja dilakukannya.


 Si anak mendapat tahu kebenaran bahawa lelaki yang berada di dalam kandang pesalah itu ayah kandungnya maka dia telah meminta pertolongan seorang teman yang juga merupakan seorang public defender untuk berjuang membebaskan ayah kandungnya dari tuduhan itu. Akhirnya ayahnya dibebaskan dan prosecutor telah bertemu dengan ayahnya di hospital – bersama wajah tenang di dalam tas tangannya berisi sekotak krayon pemberian terakhir si ayah, yang tidak sempat diberikan kepadanya, dia mula berjanji,


“Saya akan sering ke sini dan melukis wajah ayah.”


Lelaki tua yang tidak percaya prosecutor telah memanggilnya ayah meminta dia mengulangi kata-katanya buat kali kedua lantas menangis terharu.


YA…Aku pun berlinangan air mata tengok babak ni. Jadi, jangan lupa menonton I hear Your Voice dan menyatakan sokongan untuk Lee Jong Suk OPPA H. Ha ha=)


Doakan kejayaan diri ini dan rakan-rakan untuk result Final exam semester 3.


Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July