Lebaran datang lagi
بسم الله الرحمن الرحيم
Lebaran datang lagi tahun ini. Kali ini, aku menyambutnya dengan kesibukan belajar dan siapkan tugasan yang bertimbun. Pertama kali cuba membuat montage secara sendirian berhad, ha ha orang lain pertama kali buat lemang sendiri ke, ketupat sendiri ke, pertama kali jahit baju kurung raya ke…tapi aku tak , aku pertama kali buat montage. Montage ni khas untuk assignment introduction to personnel administration aku- group aku. Mama pun perasan, aku busy ngan laptop memanjang, dan sebenarnya perkara ni tidak aneh di mata beliau, kerana beliau tahu anakandanya minat buka laptop. Tapi kali ini, aku macam constantly depan laptop sampai sakit-sakit sendi buat montage. Aku mula waktu pagi, then lepas siap tunggu montage tu rendering…hanya waktu petang sahaja aku spend masa tolong mama masak untuk iftar. Rasa berdosa pula kalau terus menerus membiarkan mama masak seorang.
Alhamdullilah, cuti walaupun hanya seminggu 2 hari aku bahagia. Nak cerita panjang dalam ni rasa macam tak cukup page blog ni aku nak tulis asbab musabab diri ini bahgia. Malam raya orang lain sibuk sakan bertakbir dan sebagainya aku sibuk siapkan tugasan report ctu. Hari Raya ketiga kau study account. Segalanya untukmu, ilmu. Cheeh cheh. Raya kelima dah selamat pulang ke UItm terchenta aka rumah kedua kawe:)
Lebaran tahun ini meriah dengan kehadiran sanak saudara dari negeri Perak Darul Ridzuan. Pak Ngah, Mak Ngah, Azrai, Aiman dan lain2. Pak cik Yie dan cik Ayu dari Johor pun balik. Cik Awie yang kerja dekat Petaling Jaya pun pulang kampong, sama halnya dengan cik tie yang bertugas di saratok, Sarawak pun balik untuk meraikan hari raya. Oh ya, Cik Awie bagi aku duit raya 1 dirham kerajaan negeri kelantan- bersamaan rm 25. Best kan? Tua pun dapat angpow.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
Semoga lebaran tahun ini membawa seribu erti bagi kita semua. Erti kebaikan dan tanda bahawa kebaikan, kebajikan yang kita lakukan sempena bulan Ramadan tidak terhenti di situ malahan akan terus bersambung bagi bulan-bulan seterusnya, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah…
Allah telah memberikan aku satu anugerah, satu hadiah kemenangan dan telah memberikan satu kecukupan iaitu berhari raya bersama keluarga aku. Berbeza dengan teman seangkatan ku yang lain, ada dalam kalangan mereka yang terpaksa berhari raya di tempat orang tanpa keluarga di sisi. Wajar sahajalah, hidup ini satu perkara yang wajar aku syukuri. Ujian, dugaan yang aku terima selama ini baru sekarang aku benar-benar mengerti bahawa hal itu merupakan salah satu cara Allah ingin menilai amalan hamba-hamba-Nya yang terbaik. Betul juga, macam tulisan Ustaz Kazim Elias dalam bukunya Tuhan Sedang Menguji Kita , Allah melihat amalan hamba-Nya yang terbaik, bukan terbanyak. Kualiti mengatasi kuantitilah katakan. Ok, setakat ni sahaja:))
Gosok gigi guna ubat gigi Raiya,
Lepas gosok makan pula tepung pelita,
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.
Profesor Emeritus jangan marah ea, rosak pantun. He he.

Comments
Post a Comment