Sahabat Aku Yang Bersedih

بسم الله الرحمن الرحيم



Jarakmu dekat hatimu jauh
duduk memeluk tubuh
kulihat ada tangisan di tubir matamu
lantas kutahu sahabat yang aku cinta itu bersedih
kongsi dukamu sahabat...
kita reguk bersama deritamu itu.
apa guna diri ini sebagai sahabatmu?
seandainya aku tiada berkongsi pahit dan jerih perih kamu.
Sahabat, dunia ini sekejap.
Pejam celik tiada terduga
engkau, aku kembali pada Khalik (ALLAH).
Oleh itu, kubiarkan tangisanmu
kerna kutahu itu fitrah aku dan kamu.
Semoga dek ujian itu hatimu bersih
kerana kutahu Dia Maha Pengasih
merindui hamba-Nya tuk kembali merintih.

Assalamualaikum, w.b.t.
Hidup ni macam aku kata sebelum ni lah kan. Hidup itu pilihan. Hidup ada takdir, namun doa boleh ubah takdir. Allah tau apa yang terbaik untuk kita sebagai hamba dia. Jadi, buat sahabat aku yang tengah bersedih ni, aku doakan hatimu tenang, jiwamu lapang dan dukamu tersisih jauh dari hatimu.

Sungguh, Allah sayang padamu. Bulan Ramadan ni kamu diuji dengan masalah yang lebih berat dari aku. Sambil mengingati pesan arwah ayahmu kamu agar sentiasa senyum ketika berhadapan masalah, namun hatimu berat tanpa luahan. Lalu luahan masalah kamu itu aku simpan kemas dan ingin sahaja aku lempar masalah berisi luka hatimu yang parah itu jauh-jauh. Sambil melihat wajahmu yang bersih terukir senyum lagi.

Duhai teman, ingati saat ALLAH memberimu waktu gembira, pasti tiada terbanding dengan waktu dukamu yang seketika. Nasihat ini juga khas untuk aku. Aku tidak rela kamu merintih selain kepada-Nya. Hanya DIA yang tahu hikmah peristiwa ini.

Jangan bersedih bila kamu tidak berkasut, kerana masih ramai insan yang tak berkaki, dan itu nasihat mama padaku saat aku terjatuh lantas tersungkur tika kejayaan menghampiri aku.

Kamu juga tahu lukaku saat itu parah
dan aku hampir lemas dalam tangisanku sendiri
dan kuakui saat itu kujahil
tentang sayang-NYA dia pada aku

tentang kewajipanku sebagai hamba itu terus sabar dan patuh.
Everything happens for a reason.

Ku tahu hatimu remuk.
Namun, sabarlah. kerana bahagiamu pasti.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July