Hidup itu indah namun fana

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengurusan Jenazah


Pagi ini aku  bergegas bangun. Nak sahur! Dalam pukul 4.45 pagi bunyi alarm Aini berdering-dering mengganggu lenaku. Hidayah baru sahaja pulang dari Perak. Katanya ingin memberi kami rasa puding kastard yang dibuatnya sendiri untuk sahur. Selesai berus gigi, aku makan roti yang disapu chocolate peanut butter lepas tu hadam maggie kari tak sampai dua mulut. Tiba-tiba rasa loya. Yalah pecah rekod dunia yana makan maggie pagi buta, untuk sahur pulak tu! Kalau mama tahu mesti leterannya panjang sampai bulu kening aku ni jadi panjang macam orang tua dalam drama-drama Cina.

Hari ini ada imarah surau. Macam biasa, cik IMAM pasang ayat al-Quran guna pembesar suara - maybe ni salah satu cara nak bagitahu diorang bahwa bangun Subuh berjemaah tu bagus. Jangan bangun sebab kupon sudahlahkan...Aku pun suggest Aini bluetooth ayat-ayat cinta tu dari cik Imam. Merdu sungguh suara budak yang mengaji tu, anak sapalah yea?

Hhmmm, minggu ini sangat busy. Semalam, aku menghadiri kursus pengurusan jenazah anjuran IMAN. Sekadar untuk mencari ilmu bermanfaat. Dapat ucapan tahniah pula tu, yalah "Tahniah kerana anda berjaya menghadiri kursus ini. Sesungguhnya bila Allah menghendaki kebaikan dari hamba-Nya, maka diberi hamba-Nya itu kefahaman dalam agama," Alhamdullilah, syukran...jika aku tergolong dalam kalangan hamba yang Dia nakkan kebaikan padaku. Amin.
Ada satu kata-kata ustazah yang bermain-main dalam fikiran aku,
"Semua orang nak mati hari Jumaat, sebab hari tu malaikat Mungkar Nakir cuti. Si mati takkan disoal pada hari tu, bahkan disoal pada hari-hari lain (soalan mengenai Marobbuka....dan lain-lain). Kita tak usah takut mati, tak usah takut disoal malaikat. Jika ajal sudah sampai, matilah. Jika disoal malaikat, soal lah. Semua itu ketetapan yang kita tidak boleh ubah," lebih kurang macam tulah kata-kata Ustazah Engku semalam.
Semoga Allah memberkati ilmu yang aku dapat kelmarin. Baru aku tahu bau kapur barus tu macam mana. Macam bau bedak untuk mengubati gatal-gatal badan buatan Thailand pun ada. Takkanlah diorang guna kapur barus kott...eei seram den.

Satu lagi benda bahagia yang berlaku kelmarin ...ialah first time aku ajar member aku, si Fika tu buat akaun. Chapter 1 sampailah Economic Order Quantity (EOQ/Q). Aku bimbang jugak, takut-takut dia tak faham apa yang aku ajar atau TER bagi ajaran sesat ke hape. Tak ke naya. Dahlah Selasa minggu ni kuiz. FIFO (First in first Out) pun tak ajar lagi. Namun, mengingatkan kata-kata Prof. Muhaya dalam bukunya, Dahsyatnya Cabaran Sebagai Seorang Pelajar...bahawa kalau kita study sorang-sorang, kita hanya dapat 10% input tapi kalau kita ajar orang lain, kita akan dapat 100% input, takke untung tuu. Lagi satu, korang pernah dengar tak yang bila kita ajar orang lain ilmu kita akan bertambah. Then bila tolong penuhi hajat seseorang Allah akan penuhi hajat kita? Sebab tu aku tolong ajarkan juga. Aku ingat nak ajar Fika semua benda tu semalam je, sekaligus...tapi tak sempat sebab aku ada meeting HAC di DO 1 pukul 10.

Berdasarkan cerita di atas korang mesti cakap aku ponteng tarawikh. Tak apa, bagi aku tarawikh dengan menuntut ilmu lebih besar pahalanya menuntut ilmu. Insya-Allah. Bukan buat benda tak baik. Ada masa terluang, aku akan pergi solat sunat tarawikh juga.

Satu lagi, sorang kawan aku ni, Hidayah...suggest aku jadi tutor MDAB untuk subjek Intensive Math. MDAB tu menuju destini anak bangsa lah, program pra diploma. Aku kena ajar 8 orang student,...mean aku bukan lecturer, sekadar tutor diorang. Kalau ada soalan yang mereka tak faham, mereka boleh tanya aku. Tutor ni 3 jam seminggu je. Macam kelas Macro aku pula. But seriously, 3 jam sekaligus sangat boring...so aku kena fikir macam mana nak buat diorang study 3 jam dan faham tanpa boring. Mungkin aku akan buat perkongsian cerita-cerita motivasi atau tips2 belajar dengan diorang.Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.
Kegagalan bukan penamat kejayaan. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Orang kata, kalau kita usaha lebih kita akan dapat lebih juga...tapi sometimes ada je orang yang dah usaha banyak tapi dapat sedikit. Mungkin segalanya ada hikmah. Macam hidup aku, dulu aku rasa keluar dari satu tempat yang dikatakan hebat itu merupakan penamat masa depan aku yang cerah. Langit duniaku rasa kelam. Hujan renyai-renyai yang turun mebasahi impian yang aku sidai di jemuran. Lalu impian itu terpaksa kubasuh (kuusahakan) sekali lagi dan aku jemur kembali mengharap ia kering(tercapai). Alhamdullilah, impian itu dalam proses pengeringan...(dalam proses untuk menjadi nyata). Sekarang, Alhamdullilah...parents aku happy. Diorang kata, seolah-olah aku yang dahulu telah kembali semula dalam hidup mereka.

Oleh itu...sabarlah hati-hati yang pernah gagal:)

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July