Teduhan Kasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu’:)

Maaflah bagi teman-teman yang selalu mengikuti tulisan dalam blog saya ni. Tak sempat nak update blog selalu sekarang since Semester 3 di UiTM dah mula. Alhamdullilah, everything were going smoothly …Cuma sorang kawan aku ni dia ada masalah sikit dengan pelajarannya lantas terpaksa menukar group. Asalnya group sama macam aku dengan Aini tapi last-last lepas bertentang mata dengan Ketua Program AM110 yang adil lagi bijaksana kawan aku tu akhirnya akur bahwasanya dia terpaksa tukar group juga untuk mengelak jadual courses clash. Alahai bila dah dapat duduk sebilik ni terpisah secara grouping pula, walhal…kami dah janji sem 3 ni nak buat assignment sama-sama. Sedihlah pula tapi tak mengapa, Insya Allah ada hikmahnya. Lagipun if she manage to face the barriers for this sem she will be with us for the next semester.

Aku tengah bahagia sekarang, sebab so far hubungan aku dengan sahabat-sahabat aku yang digelar 3 serangkai ni Alhamdullilah okay. Cuma ada juga sekali dua kami berselisih faham but then ALLAH tolong kami cakap-cakap balik, ketawa-ketawa balik and then terus hubungan kitorang as sahabat baik balik. Aku ni boleh digelar akak dalam kalangan mereka, sebab both of them muda dari aku, malahan mereka memanggil aku dengan gelaran Unni tu. Aku tak kisah, sebab memang tu fakta diri aku. Aku seorang gadis yang terpaksa menangguh pengajian ke IPT kerana jatuh sakit dan bila jejak kaki ke menara gading most of the siswa siswi muda setahun dua dari aku. Tapi apa yang best kawan dengan diorang, mereka sangat respect aku as their elder sister. Kadang-kadang kalau diorang ada problems they are looking for me and ask for my advice.

 Bukan nak bangga, tapi nak show betapa bahagianya aku dan betapa rasa significant bila ada orang-orang yang minta nasihat dari aku pasal sahabat. Padahal dulu kalau di sekolah parents aku worry sangat sebab aku ni perangai macam orang yang suka alone and solitude gitu. Okay tinggalkan buku lama tu. Now we are talking about buku baru tahu, even the boys in my group panggil aku kakak dan aku memang anggap diorang macam adik-adik aku. But of courselah kasih pada adik beradik kandung tu lebih lagilah kan. Lepas aku succeed dapatkan Dean List for semester 2 aku worry juga, takut-takut aku ni jadi tersombong ke apa kan. Aku harap sangat ini bukan kejayaan hidup aku yang terakhir. Semoga ALLAH memberi aku peluang untuk melakar lebih banyak kejayaan agar parents aku bangga dan air mata diorang sebelum ni sebab tengok aku sakit berubah jadi air mata gembira sebab tengok aku berjaya. So, aku mohon doa kalian juga. Sama-samalah kita doa agar dapat yang terbaik dalam hidup kita. Kurangkan keluhan, tingkatkan usaha. Cheewah, gitu:)



Teduhan Kasih Allah


Siapa aku siapa engkau

aku tidak peduli kerana sesungguhnya…
aku dan engkau hanya watak-watak dalam pentas lakonan dunia yang fana

 Apa yang aku miliki apa yang jadi milik engkau hanya pinjaman dari Dia
 maka pada siapa kita ingin menunjukkan betapa bahagianya kita dengan harta dunia?
Siapa aku siapa engkau tanpa Si Pencipta?
 Aku masih bernafas dan aku masih mengharap rahmat-Nya buat aku
 Maka nasihatilah aku duhai teman agar tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah yang Maha Penyayang…

 Nasihatilah aku untuk mengingati-Nya tatkala nyawaku di hujung pedang kelekaan
dan kejamnya hasad dalam diri seorang insan
yang menggelar dirinya sebagai sahabat aku
suatu tika dulu
Tanpa dia tahu bahawa
Tuhanku, Tuhanku menyelamatkan aku!
Menyelamatkan aku dari turut hanyut sama bersama orang yang tidak mampu menerima ujian kesenangan

Teman sejati ingati aku akan azab-Nya yang bakal menimpa jika aku terus alpa akan tanggungjawabku sebagai hamba-Nya
 Ingatkan aku pada kasih sayang-Nya yang seolah memelukku
kala aku tertanya-tanya sendirian apa harga diriku di dunia….



Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July