Selamat Hari Jadi, Abah
بسم الله الرحمن الرحيم
Hi, Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu…
Hi hi hi hi, dah menjadi-jadi sifat malas untuk tidak mengupdate blog ini. FYI, I’ve got no idea nak tulis apa. Tapi hari ni Insya-Allah dengan kudrat dan minda aku ni aku nak bercerita mengenai result peperiksaan semester 2 aku. Ala, result final. 9 haribulan lepas dah keluar dah. Sebelum ni korang mesti penah dengar yang orang yang termasuk dalam Dean List aka Anugerah Dekan ni tak semestinya dapat kerja yang baik lepas diorang habis belajar. Malahan ada yang kata orang-orang yang dapat DL biasanya bila masuk alam pekerjaan diorang punya pangkat lebih rendah daripada orang yang pencapaiannya biasa. Well, aku tak kisah sebenarnya. Apa-apa pun itu pandangan orang.
Sekarang ni ini pandangan aku. Bagi akulah kan, DL ni sebenarnya boleh dikatakan satu recognition, satu penghargaan untuk para mahasiswa yang telah berusaha untuk mencapai result yang flying colurs dalam exam di university. Boleh dikatakan DL ni macam bahan api yang menggerakkan mesin kesungguhan dalam diri para mahasiswa untuk belajar dan terus belajar. DL juga boleh bertindak sebagai kayu ukur sebenarnya, iaitu kayu ukur kepada setakat mana usaha kita untuk menghadapi peperiksaan tu.
Terima kasih kepada para pensyarah yang banyak bagi nasihat, tunjuk ajar dan banyak bersabar dengan perangai budak yang nakal ni *belia dahh, bukan budak lagi* Terima kasih ma, abah yang tak jemu bagi sokongan dan selalu angkat telefon awal bila budak ni nak mengadu masalah dan berita gembira. Terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan, yang telah banyak membantu aku dalam mengulangkaji pelajaran, terutama budak-budak group AM110/2E. Next semester insya-Allah jumpa lagi=) Terima kasih kepada Kafe Cik Ani yang sudi menyediakan nasi dan lauk sepanjang study week dan hari-hari peperiksaan. Terima kasih kepada senior-senior, terutama roommate aku yang berusaha sedaya upaya untuk menjadikan persekitaran mengulangkaji jadi kondusif walaupun berbeza tarikh dan hari peperiksaan. *Sob2 sem depan jarang jumpa dah* dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan DL HambaAllah ni.
Hi, Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu…
Hi hi hi hi, dah menjadi-jadi sifat malas untuk tidak mengupdate blog ini. FYI, I’ve got no idea nak tulis apa. Tapi hari ni Insya-Allah dengan kudrat dan minda aku ni aku nak bercerita mengenai result peperiksaan semester 2 aku. Ala, result final. 9 haribulan lepas dah keluar dah. Sebelum ni korang mesti penah dengar yang orang yang termasuk dalam Dean List aka Anugerah Dekan ni tak semestinya dapat kerja yang baik lepas diorang habis belajar. Malahan ada yang kata orang-orang yang dapat DL biasanya bila masuk alam pekerjaan diorang punya pangkat lebih rendah daripada orang yang pencapaiannya biasa. Well, aku tak kisah sebenarnya. Apa-apa pun itu pandangan orang.
Sekarang ni ini pandangan aku. Bagi akulah kan, DL ni sebenarnya boleh dikatakan satu recognition, satu penghargaan untuk para mahasiswa yang telah berusaha untuk mencapai result yang flying colurs dalam exam di university. Boleh dikatakan DL ni macam bahan api yang menggerakkan mesin kesungguhan dalam diri para mahasiswa untuk belajar dan terus belajar. DL juga boleh bertindak sebagai kayu ukur sebenarnya, iaitu kayu ukur kepada setakat mana usaha kita untuk menghadapi peperiksaan tu.
Tadaa, inilah result aku. Alhamdullilah, bagi semester 2 ni GPA aku dapat 3.70, which is beyond 3.5 *smile tak henti2* Dapat juga aku merasa dapat Dean List. Masa part 1 GPA aku Cuma 3.39. Masa tu sangat menyesal dan sedih kerana tidak betul-betul memanfaatkan masa yang ada especially study week satu minggu tuu untuk study. Sedih oh! Tapi sekarang ni Alhamdullilah sangat, syukur pada Allah. Walaupun exam ni cuma Final semester 2, dan bukannya Graduation Day tapi aku sangat-sangat lah bahagia. Lepas aku buka e-mail ni aku terus tunjuk dekat abah sambil cakap “Selamat Hari Jadi Abah,” sebab…memang aku dah niat awal-awal nak dedikasikan result exam part 2 tu dekat Abah. Masa birthday Abah hari tu aku tak sempat beli hadiah. Duit pun ciput kan. Jam masa aku tunjuk result tu dalam pukul 6 pagi lebih.
Sehari sebelum aku dapat result, iaitu pada 8 hb aku sangat rasa cuak dan tak senang duduk. Malam tu sebenarnya result dah boleh cek dalam e-mail, tapi aku buat derkk je. Kenapa? Sebab aku ingat aku kena repeat satu subject ni*ampun...ampun*. Nauzubillah dan Alhamdullilah tak. Tak lena aku tido malam tu tahu tak. Sampailah aku buka e-mail dan dapat result tu, aku rasa macam eh, betul ke ni? ke mimpi ni? Aku pun cubitlah pipi aku ni, sebab sebelum ni aku banyak terkena dah. Mimpi yang indah-indah dan bila bangun eh eh masih berada dalam bilik sebenarnya -.-' Untuk pengetahuan kalian aku tak pernah berhadapan dengan situasi antara mimpi dan realiti cenggini.
Anyway, di kesempatan ni aku nak panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah SWT, kerana memberi peluang untuk hamba-Nya ni dapat DL.
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau tidak melupakan aku. Maka jadikanlah hatiku untuk selalu mengingati-Mu,” aminn ya rabbalalamin.
Sesungguhnya kejayaan ini datang dari Allah. Malahan pinjaman dunia dari Allah. Aku tak expect aku akan dapat DL, malahan aku rasa aku akan bersyukur sangat walaupun bagi semester 2 Grade Average Pointer aku dah capai 3.0 ke atas.
Ambik feeling orang2 grad ckit...beria curi gambar internet, kih2. |
Semoga kejayaan kali ni jadi pembakar semangat buat aku untuk terus belajar. Start buka buku Makroekonomi Mudah dahhh. Belajar ni biarlah sampai nafas yang terakhir, kan? Jangan Engkau jadikan kejayaan ni satu perkara yang dapat melalaikan aku dari terus berusaha keras, ya Allah. Jauhi aku dari sifat riak, ujub, takbur dan sebarang apa sifat-sifat mazmumah yang lain. Aminn.
Aku juga nak ucapkan tahniah kepada semua teman-teman yang telah berjaya mencapai target diorang bagi Final Exam semester lepas dan buat yang tak dapat capai apa yang kalian mahu, aku doakan kalian kuat semangat dan sama-samalah kita berusaha lebih giat lagi. Wokeyy:)
Berikut adalah subjek-subjek semester 3 DipAC.
ACC116 - Introduction to Cost Accounting
BEL311-English for Academic Purposes
CTU263 - Islam and Management
ECO211- Macroeconomics
HBU- JPAM
LAW245- Malaysian Legal System
PAD214- Introduction to Public Sector Personnel Administration
Okey, total 7 subjects. Doakan aku dan kawan-kawan agar terus punya sifat keterbukaan ilmu dan sifat dahagakan ilmu yang bermanfaat. Semoga segala urusan kami di semester 3 nanti dipermudahkan. Insya-Allah, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang, Wassalam.
p/s : Selamat Hari Ibu, Ma. Terima kasih Ma.
Buat abah, Selamat Hari Guru.
Comments
Post a Comment