Palestin, ini pasti berakhir.
بسم الله الرحمن الرحيم
Pagi itu cerah
Ceria hatinya ceria bersama bonda berjalan menuju ke pasar
Bersama senyuman yang terukir di bibir keduanya
Perlahan tiada disangka gembiranya diragut
Nun kejauhan yang mendekat peluru roket dan bom menjunam datang
Umpama titis gerimis turun ketika terik cerah mentari
Bonda meminta dia pergi
Pergi, pergi tinggalkan kekalutan dan bahaya ini
Genggaman erat bonda lepaskan
Ya Allah semoga Engkau melindungi anak kecilku
Anak kecil berlari bersama tangisan dan takut yang menjadi raja di hati
Juga berteman amanat bonda agar meneruskan hidup ini
Darah bonda membasahi bumi
Wajah suci bonda tercalar penuh luka duka
Anak kecil tidak mengerti
Menggoncang tubuh bonda bersama tangisan tiada henti
Esok, tangis ini akan tiada lagi
Kerana dia kini tidak punya ayah bonda
untuk menyapu kesedihan yang mengalir di pipi,
Untuk memeluk diri hilangkan resah
Yang tinggal hanyalah semangat, keberanian dan doa
Hati si kecil tiada ragu lagi
Kerikil digenggam
Israel laknatullah kamu akan tumbang
Janji Allah janji pasti
Palestin, derita mu pasti berakhir.
Nukilan,
Nurul Liyana, Dewan Profesional Uitm Machang, Kelantan.
*Sajak ini pernah dibacakan oleh seorang siswi part 1 ketika malam solat hajat dan pelancaran tabung untuk Palestin.

Comments
Post a Comment