Arab bukan dalang tragedi 11/9

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun subuh paling awal dalam sejarah cuti, teet…masa dirahsiakan, yang pasti hari ini subuh aku bukan subuh gajah atau subuh zirafah. Selepas bersarapan pagi nasi ayam kicap dan minum air teh panas bancuhan mama, aku duduk bersama abah di hadapan televisyen. Pagi-pagi begini ada buletin utama dan sebagai seorang pelajar yang belajar serba sedikit hal yang berkaitan dengan pentadbiran, politik dan undang-undang, aku perlu tahu isu-isu semasa dunia dan negara.

 Satu berita mengenai sebuah perhimpunan para pemimpin dan tokoh terkenal menarik perhatian aku untuk terus menonton. Wajah tegas Tun Dr. Mahathir terpampang di kaca televisyen, beliau menyatakan bahawa serangan pada 11 September di World Trade Centre bukan didalangi oleh orang-orang Arab.   Wajah yang penuh karisma dan aura itu penuh pasti meski di hadapan beliau terdapat beberapa orang kulit putih dan tokoh-tokoh Barat yang melihat dan mendengar, mungkin dengan perasaan serta fikiran yang bercampur baur. Maka di sini aku perhatikan Tun Dr. Mahathir benar-benar mempamerkan bahawa negara Malaysia punya external sovereignty yang mana suara beliau didengari oleh pemimpin-pemimpin seluruh dunia termasuk AS, sebagaimana yang beliau pernah lakukan dahulu dengan memberi ucapan ketika persidangan United Nation (PBB). 

Aku tidak dapat mencatat satu persatu ucapan beliau di dalam berita, namun apa yang pasti aku dapat tangkap isi-isi pentingnya. Sebagai permulaan, beliau memohon maaf kepada orang-orang Arab kerana tragedy 11 September bukan didalangi oleh mereka. Serangan ke atas WTC dilakukan dengan teliti dan penuh perancangan, dan Arab tidak sama seperti Barat yang membunuh Osama Bin Laden dengan penuh perancangan teliti sehingga jenazah musuh mereka itu juga turut dilupuskan. Memang Arab berani dan sanggup mati demi kepercayaan mereka, namun perancangan serangan ke atas WTC dilakukan dengan teliti dan golongan yang boleh melakukan serangan seperti ini ialah CIA atau Mossad.  Serangan yang dilakukan telah dirancang oleh pasukan terlatih yang punya senjata moden serta canggih. Serangan ke atas WTC dilakukan kerana kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Dunia tertipu dan fitnah berleluasa,” kata-kata ini muncul dalam benak aku. Esok wajah pemimpin yang disegani ramai itu mungkin muncul lagi di dada akhbar.

p/s: 
Buka microsoft word . Type Q33 NY (no pesawat yg langgar WTC) di dalam huruf besar . Tukar size font kepada 48 . Highlight dan tukar font kepada WINGDINGS . Apa yg anda lihat? Dirancang atau kebetulan? 



Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July