Impian Kecil Manusia…
بسم الله الرحمن الرحيم
Hidayah senyum sahaja melihat aku yang berwajah cemberut
tiba-tiba. Hal ini tiada kaitan dengan ustaz.
“Kenapa?”
“Tak ada apa, cuma pelik sikit dengan perkataan tahajud ni.
Bukan ke tahajud tu nama bagi solat sunat yang dikerjakan pada satu pertiga
malam? Dalam buku ni dinyatakan lain daripada pemahaman saya selama ini
mengenai tahajud.”, jelasku kepada sahabatku yang satu itu.
“Bukanlah, memang tahajud ni solat sunat. Tapi, tahajud juga
macam ni…bila kita terjaga tiba-tiba pada waktu malam hari lalu kita bangun
beribadah semata-mata kerana Allah, maka itu dikira tahajud.”bersungguh Hidayah
menerangkan. Jujur sahaja aku kurang faham apa yang dijelaskannya, maka aku
bertanya lagi,
“Tahajud ni kiranya nama lain bagi Qiammullail lah kan?”
“Qiamullail dengan tahajud ni bezalah Yana. Qiamullail ni
bila kita niat nak bangun pada satu pertiga malam untuk mengerjakan solat
sunat, zikir dan mengaji al-Quran,” sambung Hidayah lagi.
“Apa lagi yang Dayah tahu pasal tahajud?”
“Bila kita bangun untuk bertahajud kan, mesti kita ada doa
agar Allah sayang dan cinta akan kita. Kita mengharapkan kasih sayang Allah.
Jadi, bila kita minta disayangi Allah, kita akan diuji,”
“Macam mana tu?”
“Diuji dengan dugaan, masalah atau sesuatu yang bakal membuat kita sedih. Itu
contoh,”
“Seseorang yang diuji itu bermakna dia antara hamba yang
disayangi Allah?”
“Yalah, sebab bila kita diuji kita kembali kepada fitrah
kita. Fitrah manusia memerlukan agama dalam hidupnya. Kita kembali mencari Dia.
Perasan tak?”
Aku termenung lagi. Betul juga kata-kata Hidayah. Setiap
kali aku sedih, aku mencari Dia.
“Ubat kesakitan dan kesedihan hati kita juga ada pada
tahajud, iaitu apabila kita berzikir dan mengingati-Nya. Keindahan kasih sayang
dan mengingati ALLAH itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya mampu
dirasai oleh orang-orang yang betul mahu,”Hidayah menatap bukunya kembali.
Pada muka surat seterusnya, aku terbaca,
Impian kecil manusia. Hari akhirat merupakan impian kecil
manusia kerana di Sana nanti, segala kebaikan dan kejahatan manusia akan
dibalas. Keadilan muncul dan syurga atau neraka menanti…
Comments
Post a Comment