bukan cacamarba
بسم الله الرحمن الرحيم
“Hidup kau rugi”, lancang mulut itu berkata padaku.
“Kenapa?” sekadar berbasa-basi. Aku tak mahu cari gaduh. Memang mulut dia laser. Semua tahu itu. Hmmpph. Mencebik.
“Sebab kau lepaskan peluang untuk kejar bintang di langit. Kau leka tengok rumput di bumi,”
Aku hampir ketawa. Perumpamaan kau salah. Patutnya macam ni,
“Jangan terlalu asyik memandang langit di angkasa sehingga lupa rumput di bumi, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran,”mahu sahaja aku lempar kembali panah berbisa yang ditusuk padaku. Hati berbisik jangan. Nanti jadi sama macam dia.
“Kau tak malu? Tak malu ke kau nak berhadapan dengan orang sekeliling? Hidup kau tak macam dulu?” hati aku rasa macam kena jentik.
“Sanjungan orang tak ke mana. Bila maruah tergugat, daripada tergadai, baik tinggalkan sahaja sanjungan manusia yang tak seberapa. Asal elok di pandangan Tuhan,” tuturku biasa. Selamba.
Dia diam. Aku juga.
Kenapa manusia terlalu fikirkan kebendaan, sanjungan dan penghormatan? Melihat kembali kepada keadaan lampau, rasanya keadaan aku sudah berubah baik. Malahan jauh lebih baik.
“Hanya orang yang melalui situasi sama macam aku akan faham apa yang aku rasakan,” aku berhenti seketika mengambil nafas, kemudian menyambung lagi,
“Hati aku dah lama hancur, tapi entah keajaiban apa yang mampu membuat cebisan-cebisan itu bercantum kembali. Jadi lebih utuh dan matang. Bahagia jua. Engkau tahu tak?”
“Tahu apa?” soal dia.
“Hati aku bercantum kembali kerana kuasa Allah. Sesungguhnya benar, Dia Maha Mendengar, terutama doa orang-orang yang teraniaya,”
Aku pandang wajah dia melalui ekor mata. Ada manik jernih bergenang di tubir matanya. Hidungnya merah.
Sapu tangan merah jambu aku hulurkan. Dia senyum pahit.

Comments
Post a Comment