Berbuka Bersama Datuk Pa

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ni 27 haribulan 2012, lepas kelas saya terus balik ke kolej. Tertidur dari pukul 1.00 sampai pukul 1.55 tanpa sedar bahawa saya ada program berbuka puasa bersama Datuk Mustapa Mohamed, merangkap Menteri juga tu yang memerlukan saya bersama room mates yang lain untuk ke sana awal-awal lagi. Memang  tempat lengang lagi dan saya terus dapat daftar^^ untuk dapatkan kupon. Excited juga nak tengok menteri yang dikatakan punya sifat tawadhuk yang tinggi ni. Asal Jeli, Kelantan pula tu. Sebab tu ada UMK kat Jeli, atas jasa beliaulah tu.


Ada juga majlis bersama MITI yang banyak terangkan pasal pekerjaan, bisnes dan cara-cara nak eksport barangan buatan sendiri ke luar negara dengan bantuan mereka. Best juga, tapi dapat tangkap sikit-sikit aje infonya sebab letih. Yela, puasa kan. Dahlah dari Kolej TDM ke Dewan Pro sangat jauh. Kena naik tenggiling aka van kolej baru tak letih =B rm 1 pergi balik tahu?



Goodies bag dan kain batik
Sebelum berbuka ada majlis forum hal-hal agama. Lepas tu masa berbuka kitorang DIBERI ARAHAN untuk makan kurma dan minum air mineral yang dalam goody bag yang kitorang dapat dari MITI sebagai juadah berbuka sebelum solat Maghrib berjemaah dan makan bersama hidangan utama berbuka puasa selepas itu. Tu merupakan kali pertama dalam hidup, saya berbuka dengan hanya memakan sebiji kurma dan segelas air masak. Tapi memang happy walaupun makan sikit sebab memang tengah lapar dan masa tu satu dewan makan macam tu. Tak ada pengecualian unless ada yang telah membawa bekal roti atau nasi dari kolej lagi. 




Datuk Mustapa Mohamed sampai sebelum Maghrib menjelang dan ternyata beliau sangat merendah diri dan sanggup turun duduk bersila bersama siswa-siswi di atas lantai dewan sambil mendengar ceramah aka forum agama. Bila diberi peluang bercakap, beliau sangat bersemangat dan boleh dikatakan mampu juga membuatkan orang lain rasa bersemangat. Terima kasih datuk untuk juadah berbuka yang lazat, ayam pedas, daging kerutuk, acar dan air sirap. Ada lain waktu datang lagi, yea!

Selepas majlis tu, Nik Muniera dengan room mate yang lain ajak pergi food court sebab kami makan sedikit sahaja masa berbuka tadi berikutan terlampau ramai orang yang beratur nak ambil makanan. Bila nak pergi ke sana, kitorang berkonvoi naik tangga yang tinggi tu sehinggalah bila saya tiba di puncak dengan confidentnya, saya tiba tiba terpeleOT dan jatuh. Nasib baik kaki tak terseliuh. Nik siap ketawa lagi. Kesian kan saya?

Fatin dan sawani
Bila tiba di Food Court, ramai sangat orang so kami decide nak keluar ke Nyior Cafe UiTM Machang. Nik yang drive Myvi putih dia. 6 orang naik Myvi kot! Ha ha=D macam-macam, makan punya fasal bersesak macam ikan dalam botol budu no hal. Saya order Nasi Goreng Kampung dengan teh Beng * teh susu ais*. Kenyang dan memang pinggan tu licin walaupun nasi pada mulanya bertimbun macam gunung.
nik dgn linda
Tengok, nik muniera beli apa? Stok iron tudung raya katanya^^

Lepas tu, kami pergi Econjaya di Machang dan balik...

Best dapat pergi jalan-jalan dengan room mates yang sporting2 blaka.
Oye, kalau nak keluar pergi mana-mana minta izin mak ayah dulu ya? Kurang-kurang, kalau ditimpa apa-apa, mak ayah dah izinkan so insya-Allah kita akan selamat Di SANA.



Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July