I love Fiction

بسم الله الرحمن الرحيم



"Tak semua yang kita impikan akan tercapai walaupun kita dah put so much efforts on it. Tapi, bersyukurlah dengan apa yang kau dah capai sekarang sebab orang lain yang tak bernasib baik, yang memiliki kurang daripada apa yang kau miliki mengimpikan hidup seperti kau."- Tak diketahui.

Aku tahu aku tak patut tarik nafas lega sekarang, tapi sekurang-kurangnya hatiku lapang sebab aku mampu tunaikan amanat ibu bapa aku dengan kedudukan diri aku bertapak sekarang. Aku sukakan rekaan, dan aku banyak berangan-angan untuk memiliki hidup yang lebih baik, capai darjah tertinggi dalam akademik dan kahwin dengan orang yang aku sayang (though as far as I know, he doesn't love me, ha mula dah.) Tapi setelah beberapa tahun, umur aku meningkat dewasa dan aku mula faham hidup ni fana. Kata sahabat aku, Fana tu maksudnya sementara, sekejap. Jadi destinasi kita yang sebenarnya tu tak nampak, tapi apa yang tak nampak depan mata kita sekarang itulah yang kekal sebenarnya. Jadi, aku rasa aku patut bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai seorang Muslim dan aku harap sampai akhir hayat aku title Muslima tu masih ada pada aku dan aku  dapat amalkan sepenuhnya segala apa yang dituntut dalam agama syumul ni sampai Izrail menjemput. Insya-Allah.

Allah tetap bagi peluang untuk aku perbaiki diri walaupun aku banyak buat dosa pada Dia. Itu sudah jadi bukti konkrit bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun, Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih. Kalian mesti dah bosan sebab dalam blog aku ni *in case you girls noticelah benda ni, kan* aku suka sangat cakap pasal ujian, ditimpa sakit dan musibah. Aku tak sangka hidup aku boleh berubah sampai macam tu sekali dan hanya aku seorang yang tahu kenapa hidup aku jadi macam tu.

"Hidup ni macam roda, sekejap kita kat atas dan akan sampai masanya nanti kita akan berada di bawah. Macam saya, dulu saya pakai baju biru, sekarang baju dah putih. Dahulu sekolah kluster, sekarang sekolah biasa. Dahulu saya dikagumi malahan pernah ada orang cakap, "Awak ni ada sifat kepimpinan, semua orang pandang awak hebat. " Tapi sekarang orang pun dah nak tak nak aje pandang muka saya ni sebab sekarang saya hanyalah insan biasa tanpa jawatan, kepakaran dan tahap kesihatan saya yang merosot." keluh aku pada seorang sahabat. Sahabat aku tu hanya senyum,

"Cuba kau tengok budak perempuan kat sebelah kelas kita ni. Kau tahu tak, dia pun budak baru,"

"Kenapa dia pindah sekolah? "

"Dia pindah sekolah dari KL ke sini sebab mak bapak dia baru aje bercerai dan sekarang mahkamah tengah nak decide sama ada mak atau bapak dia yang akan dapat hak penjagaan dia dan adik-adik. Tapi, dia tolak untuk tinggal dengan either mak atau bapak dia sebab dia stress dan trauma dengan pergaduhan diorang lalu dia bawa diri balik kampung tinggal dengan atuk dan nenek dia."

So dari situ aku tahu yang bukan aku seorang yang ada masalah bertimbun dalam dunia. Orang lain pun. Cuma ada yang nak bercerita dan ada yang ambil langkah buat derk dan show the happy faces altough dalam hati diorang kesedihan tu dah sampai overlimit.

Aku bersyukur dengan kebahagiaan yang aku kecapi sekarang dan aku harap Allah SWT akan menambah lagi nikmat yang aku peroleh *mencukupkan* kerana aku ingin jadi insan yang sentiasa bersyukur.

p/s: "Aku" hanyalah watak ciptaan penulis. Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July