Ketika aku kecil
بسم الله الرحمن الرحيم
Pagi ini indah sekali cuma terganggu sedikit dek bebelan mama yang meminta saya agar mengemaskan baju kurungnya yang bertimbun di atas katil. Mama wanita bekerjaya dan bukan setakat menjadi domestic engineering sahaja, oleh sebab mama terlalu sibuk dan saya pula terlalu lapang sekarang maka tak salah saya menolongnya dalam house chores:). Bermakna mama melakukan dua kerja dalam satu masa dan sering juga mama menyatakan bahawa suatu hari nanti saya akan jadi sibuk seperti dia. Saya tidak kisah untuk menjadi seperti mama kerana bagi saya wanita yang berpendidikan tinggi mesti bekerja membantu suaminya menyara keluarga tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu aka isteri. Mama seorang yang pandai memasak. Itupun bermula semasa mama tinggal bersama-sama teman-temannya yang lain di sebuah rumah sewa untuk bekerja yakni ketika umurnya baru sahaja mencecah 21 tahun. Setiap kali ada masa lapang mama sering juga bercerita mengenai kehidupannya iaitu ketika nenek masih menjual kuih muih menggunakan kereta sorong di Tumpat sehinggalah kepada zaman remaja belianya iaitu ketika mama bertemu jodoh dengan abah di Pengkalan Chepa.
Bercakap mengenai Tumpat, salah sebuah daerah di Kelantan saya sebenarnya dilahirkan di situ.Tumpat merupakan sebuah tempat yang agak aneh. Aneh jika hendak dibandingkan dengan tempat tinggal saya sekarang. Kalau dalam kampung-kampung nelayan, tanahnya berpasir macam tengah duduk kat tepi pantai padahal jarak dengan pantai berbatu jauhnya. Bila musim tengkujuh tiba satu kampung tenggelam sampai paras pinggang orang dewasa. Saya masih ingat, kami sekeluarga pernah ingin pulang ke kampung mama di Tumpat dan abah terpaksa parking kereta di tempat tinggi yang terletak agak jauh dari rumah nenek kerana banjir. Malahan ada yang naik bot dalam kampung.
Walaupun banjir, saya dengan adiklah yang paling gembira sebab dapat main air. Yelah masa tu tak mature lagi, bapa-bapa saudara saya pun siap buat rakit guna batang pisang.Kami siap test kemudi rakit batang pisang tu. Sekejap tenggelam sekejap timbul. Snorkeling, scuba diving semua ada. Kami mandi manda dalam air banjir tu macam kami tengah berenang dalam kolam renang hotel lima bintang sampailah mama dan nenek membebel mengajak kami naik ke atas rumah. Esoknya dalam hati kecil saya, saya berniat untuk main air banjir lagi tapi niat saya terbatal sebab bapa saudara bercerita mengenai biawak besar yang suka mencari mangsanya di dalam air. Katanya biawak itu ganas persis buaya tembaga dan tatkala itu jugalah saya rasa benar-benar takut kerana saya teringat akan ular besar yang tinggal dalam air seperti filem Anaconda.
Pada waktu malam, hujan memang lebat. Biasanya rumah nenek banyak nyamuk. Tapi malam tu tak ada nyamuk dan kami tidur dengan tenang bersama-sama di ruang tamu sebab tak cukup bilik.
Sebenarnya banyak sangat kisah zaman kecil saya di Tumpat. Segalanya terlalu indah dan memorable untuk dikenang. Masa dirasakan terlampau pantas berlalu macam kerdipan mata. Siapa sangka umur saya sekarang sudah 20 tahun. Sekarang nenek tidak lagi tinggal di Tumpat. Berikutan umurnya yang bertambah dan kesihatan yang agak terganggu nenek kini tinggal bersama ibu saudara saya di suatu tempat yang lain.
Bagi saya Tumpat merupakan tempat yang istimewa.
Psst: Teringat mak cik yang berbangsa Cina di Kedai Foto Tumpat yang agak bersopan santun. Walaupun sudah dimamah usia, makcik ni sangat suka berbisnes dan pandai melayan pelanggan.
The Dove - A symbol for beauty with brain |

Comments
Post a Comment