Demi Masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa berlalu pantas sekali. Abah dan mama sering mengatakan, kami adik-beradik cepat membesar dan betapa beruntungnya mereka kerana sudah mempunyai anak-anak yang sudah dewasa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat mereka yang lain yang masih mempunyai anak-anak kecil. Orang kata, kalau ingin menilai diri berkenaan perkara yang berkaitan dengan akhirat, maka lihatlah orang-orang di atas daripada kita iaitu orang-orang yang sering melakukan kebaikan, menuntut ilmu dan sebagainya semata-mata kerana mencari reda Allah s.w.t seperti para ulama dan para anbia'. Tetapi, jika melihat perkara yang berkaitan dengan dunia, bandingkanlah diri kita dengan orang-orang di bawah contohnya orang-orang yang tidak bernasib baik berbanding kita seperti golongan fakir miskin. Hal ini demikian kerana agar kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya dan bukan mengkufurinya.

Pagi tadi, saya ke HUSM bersama adik lelaki saya dan mama. Adik saya menjalani pemeriksaan mata hampir setiap bulan. Sebelum ini, dia pernah menjalani pembedahan mata kerana matanya sedikit bermasalah dan Alhamdullilah, sekarang sudah beransur pulih. Apabila saya mengalami masalah, atau tiba-tiba sahaja perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri muncul, saya akan membandingkan diri saya dengan adik. Suatu ketika dahulu, adik diuji hebat dengan keadaan matanya yang tidak berapa elok dan sekarang dia sudah sembuh. Oleh sebab itu, saya tahu saya beruntung kerana saya tidak mempunyai masalah mata (saya hanya berkaca mata) dan saya seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan dengan berusaha mengejar cita (jihad saya) dengan lebih baik dan bersungguh. Saya doakan adik lelaki saya ini, berjaya di dunia dan akhirat (husnul khatimah).

Setiap hari setiap orang dikurniakan 24 jam, dan bergantung kepada seseorang individu untuk memanfaatkan masa yang dia ada. Masa itu ibarat pedang, masa itu emas, hargailah masa yang ada adalah antara ungkapan yang sering kita dengar. Tetapi adakah kita menghargai masa yang diberikan sebaiknya? Pelbagai kata-kata perangsang yang diberikan oleh orang-orang yang berpengalaman dalam meniti hidupyang telah saya jumpa selama ini dan saya cukup berterima kasih kerana mereka sangat baik dan memahami keadaan saya. Terima kasih daun keladi:)


Bahasa Melayu:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

English:

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
By (the Token of) Time (through the ages), 
Verily Man is in loss, 
Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy. 

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July