Leisure Time Hobby

Bismillah. Hai semua.

Hari ini saya nak bercerita mengenai hobi saya (rasa macam budak-budak lagilah pula). Pertama sekali, semua orang mesti ada hobi kan, kan? Kalau bagi yang tak ada tu, cepat-cepatlah cari hobi atau aktiviti yang berfaedah macam baca novel ke, buku non-fiction ke, pelihara kucing ke dan sewaktu dengannya agar masa lapang kita tu dapat digunakan sebaiknya bersesuaianlah dengan peribahasa, 'Masa itu emas'.

 Apa hobi Liyana ya? Sebenarnya saya ada macam-macam hobi=). Masa kecik-kecik dahulu suka sangat kumpul setem sebab hadiah hari jadi masa tu dapat buku setem. Jadi setiap kali surat-surat sampai atau mama pulang dari kerja, sayalah orang pertama yang terkocoh-kocoh nak buka surat dan ambil setem. Mama pula kerja di pejabat sekolah, banyak surat-surat sampai dan banyak juga setem yang pelbagai. Unik lagi. Actually that is my previous hobby. Tapi sekarang saya suka sangat tangkap gambar atau istilahnya fotografi lepas tu, edit gambar-gambar tu. Best tau!

Bila boring di rumah, haa...bergambar sahaja kerjanya.Tolong mama masak tak hendak. Anak siapalah ni=B



Itu gambar dua batang pohon pinang yang ditanam atau tertanam sendiri di hadapan rumah saya-.-. Bila hari Raya je, ambil paku dan tukul lepas tu pakukan sahaja pohon-pohon pinang yang ditanam berbaris macam orang kawad kaki tu dan gantungkan pelita-pelita. Malam-malam nampak cantik sangat. Tapi sayang, sekarang pohon-pohon tu dah kena tebang.Tiada lagi pelita yang digantung pada pohon. Yang tinggal hanya pelita-pelita yang boleh dipacak atas tanah yang diperbuat daripada buluh. Beli di Mydin hanya RM2 (Amboi, promosi!)



Ini gambar kamera antik abah. Zaman muda-muda dahulu pun abah cakap dia pun tak sempat nak guna banyak kali kerana kamera ini telah rosak. Ish, sayangnya kalau tak sekarang ni pun mesti kita dapat tangkap gambar pakai kamera antik ni. Pentax tu...


Gambar ini pula gambar pokok 'star'. Hew hew, sebenarnya saya tak tahu nama buahnya apa, tapi People of Kelantan call them as 'buoh star'. Bila musimnya tiba, memang banyak berbuah dan jadi rebutan manusia yang suka rasa masam masam manis dan saya TERKECUALI.


Semoga hidup kita ini berakhir dengan husnul khatimah (happy ending). Amin.


Saya sukakan kucing:) Walaupun kadang-kadang spesis ini agak menjengkelkan=)



Akhir sekali, Ainul Mardhiah yang bulat. Comel tak? Ini sepupu saya yang entah ke berapa dah. Ramai sangat, sudah tak ingat.

Saya harap sangat agar suatu hari nanti saya dapat beli kamera yang gantung di tekak tu, ha ha:D
psst, takpun dapat buka kedai gambar sendiri.

"Celakalah bagi orang-orang yang kelmarinnya lebih baik dari hari ini."







Comments

  1. Dslr Nikon D3100 tgh promosi skang kat KB. Dulu dlm rm2100 skang dh dlm rm1750 mcm tu. D3100 one of the best jgaklh ;)

    ReplyDelete
  2. Oh.Oh. Buat masa ini mungkin saya tak mampu beli lagilah. Tunggu kerja dahululah nampaknya:) Terima kasih untuk info promosinya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July