Bila cikgu nasihat...

Lady Liyana


Bismillah. hai semua, sihat ke. Dah kahwin ke? Eh, eh...ada yang dah kahwin, bila? Apa celop pula pasal kahwin ni? Saya sebenarnya gembira sangat dengan kehidupan normal saya sampailah saat ni, bila adik saya tegur "Umur dah 2o, tapi takdok gewe agi."(umur dah 20 tahun, tapi tiada kekasih lagi.). Dia bandingkan saya dengan kakaknya iaitu merangkap kakak keduanya yang ada teman lelaki yang memiliki Lamborghini model terbaru warna merah. Dengan nada berseloroh, saya jawab, "Elok juga, boleh dapat rantai leher atau gelang tangan free-free." bukan ke kalau kita langkah bendul kita kena bagi apa yang diminta oleh kakak kita itu macam gelang, rantai atau sebentuk cincin diamond 122 karat? Bagi saya, saya rancang nak kahwin sekitar umur 25 atau 27 tahun, sebab masih banyak perkara yang saya rancang sebelum ni tak tercapai dan terbuat lagi. Insya-Allah, nanti kak long dah sampai seru, kak long akan kahwin juga...sebab semua orang ada jodoh. Pasti ada. Cepat atau lambat je.

Pernah tak guru-guru kalian bagi nasihat pasal cara berpakaian atau penampilan kalian? Pengalaman saya baru-baru ni ditegur oleh guru bahasa inggeris(GENERAL ENGLISH) saya, Puan Naginder benar-benar mengubah perspektif diri ini mengenai make up dan krim kecantikan.

Pagi tu, saya ke kelas dengan muka yang bertempek krim kecantikan dan bedak muka padat (jenama dirahsiakan). Kelas berjalan dengan lancar,namun bila tiba akhir kelas.saya dipanggil oleh Puan Naginder dan diminta untuk tunggu sebentar di situ.

"What cream do you use?", tanya Puan Naginder dengan wajah ingin tahu.

"Err..kenapa teacher? Nampak sangat ke?" saya menjawab sambil jari saya mula menyentuh pipi. Yalah, mana tahu...kot-kot krim tu overdose ke...

"No, no. What cream do you put on your face. Nowadays, I noticed your face becomes fairer.". Saya sengih macam kerang yang baru lepas rebus dan dihidangkan sebagai side dish untuk majlis berbuka puasa. Kerang saiz XXL.

"Krim S***."

"You know, those beauty creams are not good for your skin because it contains a lot of chemicals. There are certain products that used mercury to improve the effectiveness of the product in order to make the users' skin look fair."

Jika termometer pecah, jauhi diri anda dan jangan pandai-pandai kutip dengan tangan. Merkuri (yang warna merah dalam termometer untuk tunjuk suhu tu) boleh menyebabkan barah. Itu adalah apa yang guru saya cakap semasa saya dalam kelas sains ketika darjah 6. Oh, tak nak kena barah.

Saya meminta diri untuk pulang setelah mengucapkan thank you atas nasihatnya.

2 hari kemudian, saya bertemu dengan puan Naginder dan saya cakap,

"Teacher, there's no cream on my face anymore."

P/s: Bila nak amalkan tomato skrub ni. Tomato, potong kepada dua bahagian. Sebelah untuk waktu pagi, sebelah lagi untuk waktu malam. Dip the slice of tomato into the sugar and wipe/ brush your face with it. Gantikan toner tu dengan ais, dengan ini kita dapat kurangkan penggunaan bahan kimia yang boleh merosakkan pada wajah kita. sumber: Safiyya, TV9 9.00 malam, Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July