2005 dalam kenangan...

Lady Liyana
Warning: Entri ini ditulis dalam bahasa rojak buah kerana penulisnya berada dalam kondisi yang amat letih.

Assalamualaikum! Dah makan ke? Sihat ke? Harap-harap semuanya sihat wal afiatlah. Hari ni lepas balik kelas je terus landing atas karpet depan tv, bukan apa...letih ya amat! Macam nilah bila dah bertambah berat badan sebab terlampau happy dengan hidup sekarang jadi makin bertambah-tambah malas nak  berjalan jauh. Trust me, if you ask my friends about me, they will say this:

"Yana tu susah nak ajak jalan-jalan. Pergi outing pun sebulan sekali belum tentu."

"Lah, ajak Yana pergi lawatan sambil belajar ke KL, Perak dengan Melaka? Bilalah dia nak pergi...dia tu bukannya gemar melancong pun. Tup-tup bagi alasan ayah dia tak izin pergi jauh-jauh."

"Ko tolak teruslah Liyana tu daripada list trip daki gunung tu. Dia cakap tak boleh pergi, ada hal katanya."

Haaaaa...macam tulah ceritanya. Saya bukan malas nak pergi, cuma...err..err...nanti korang cakap saya ni
pandai bagi alasan je. Malas nak cakaplah! Up to you. Kalian nak cakap apa pun cakaplah. Cuma, bila saya cakap saya tak boleh pergi trip jauh-jauh...saya ada sebablah tu. Biasanya jika saya pergi jalan-jalan atau kenduri, saya pergi dengan keluarga sahaja. Bagi saya, lebih selamat.


Semua pelajar tingkatan 3 2007

Saya ni pelajar ambilan pertama atau first intake students masa form 1 di SCIFER. Masa mula-mula sekolah kat Faris dahulu, saya benar benar tak nak sekolah kat sini. Rumah saya jauh dari sekolah, lagipun mama dan abah dahulu duduk tak sampai sejengkal dari saya...err, maksud saya mereka mengajar dan bekerja di sekolah yang sama atau berhampiran dengan sekolah saya. Dari zaman Prasekolah sampailah darjah 6:). Tup tup, naik Form 1 kena berpisah, habis tu macam manalah saya tak homesick sampai menangis-nangis atas double bed tepi kak Sally? Kak Husna pun datanglah memujuk dalam gelap masa tu sebab dah light off. Pukul 11.30 kat hostel MEMANG dah light off. dahlah tak biasa tidur dalam gelap -.-' Nasib baik Kak Husna yang baik merangkap Mustakim punya sepupu datang pujuk. Masa tu hati saya tertanya-tanya, 'Kenapa kebaikan dan ketulusan hati Kak Husna tak diwarisi oleh sepupunya? oh, iman bukan untuk diwarisi..." He he, Mustakim jangan marah ya? Bercanda sahaja:D


Katil-katil Pemimpin Pelajar di dorm C2-2
  Dalam seminggu di sekolah berasrama penuh tu, saya kenal macam-macam orang...daripada budak yang baik, skema sehinggalah kepada yang gatal nak mati. Pun ada-.-' Huh, boleh kata dalam seminggu tu tangkap lelehlah...hari hari sebak terkenang akan ayahanda dan bonda tercinta di kampung. Syahdu sungguh. Tengok kusi batu sebak, tengok lauk ikan goreng, sayur air, timun susu dalam tray di dining pun sebak...dan tengok face cleanser dalam toileteries yang baru nak belajar pakai time form one pun rasa sebak. Air mata bercucuran bawah pancuran air hujan dalam bathroom. Atas masjid sambil pegang Al-Quran pun menangis.Yalah, nak nangis sebab homesick depan orang nih malu tau. Kena ada strong reasons, kalau orang tanya kita boleh jawab macam ni
"Saya menangis sebab terkenang keagungan Allah yang Maha Esa, Maha Kuasa.", walaupun hakikatnya tangisan tu sebab homesick... :P

Jadi, tak adalah jawapan kita klise macam ni;

"Saya tak nangislah, mata masuk habuk..."

Huh~

Barisan para pelajar cemerlang PMR 2007
Banyak peristiwa yang berlaku tahun itu (2005) dan kebanyakannya membahagiakan dan indah untuk dikenang. Masih segar dalam ingatan saya, kejadian jumpa 'hantu' di ampaian Asrama Puteri. Ceritanya begini...


Saya bangun awal hari itu, kira-kira sekitar jam 4.30 pagi kerana jika bangun lewat, sudah pasti susah nak mandi di dalam bathroom sebab kena 'book' dan ikut giliran. Kebanyakan bilik mandi di pelopor oleh senior, sebab tu bila bangun awal-awal tak payah nak berebut dengan orang lain, sebab memang jarang students bangun seawal jam 4 untuk mandi. Kebanyakan yang bangun awal pagi buta biasanya bertujuan untuk study, bukan mandi. Selepas mandi, saya bersiap untuk solat Subuh, sedangkan pada masa itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 5 pagi. Tika itu, azan Subuh belum berkumandang, namun bila saya memandang ke arah masjid Semesta melalui koridor tingkat 2, saya dapat lihat bahagian dalam masjid sudah terang-benderang, maknanya sudah ada orang di sana. Saya kuatkan semangat untuk turun meredah keadaan yang agak gelap berhampiran ampaian Aspuri untuk ke masjid.

Pada saat itu, apa yang bermain di fikiran saya hanyalah ingin cepat sampai ke masjid. Dalam keadaan yang basah dan penuh berbagai jenis pakaian yang dijemur, mata saya tertancap pada suatu objek. Err...sebenarnya bukan objek, saya ternampak satu makhluk yang memakai telekung sembahyang sedang khusyuk solat dan ketika itu ia nampak seperti sedang duduk Tahiyyat Akhir di tepi salah satu tiang yang menyokong ampaian untuk teguh berdiri. Jantung saya berdegup pantas, manakala kaki saya pula pantas menyusur bahagian tepi longkang itu lalu saya melibas kain sembahyang saya ke atas bahagian 'kepalanya' dan bergegas lari dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi.

Saya tidak jadi ke masjid, lalu berpatah balik ke asrama melalui jalan yang lain.Saya hampir menangis kerana terlampau takut. Namun anehnya, saya tidak pulang ke dorm semula kerana segan dengan kakak-kakak senior yang mengenali saya sebagai seorang insan yang bangun awal.Saku baju kurung saya seluk, duit syiling 20 sen itu saya masukkan ke dalam 'mulut' telefon awam. Nombor telefon bimbit abah di dail. Biasanya pada jam 5.00 pagi abah dah bangun.

"Hello, Assalamualaikum. Abah ado?"

"Waalaikummussalam. Ho, abah ni. Sapo ni?"

"Ni Kak Long."

"Hoh, bakpo pulok.", terdengar suara abah mengeluh. Mungkin abah ingat saya rindukan rumah lagi.

"Abah, masa Along nak gi masjid tadi Along napok hatu dekat ampaian. Tengah semaye, duduk tahiyyat akhir. Huuuu huuu.", saya mula bercerita.

"Hatu? Takut Along silap tengok kot."

"Ngoti abah."

Perbualan ini berlangsung selama 5 minit, berkisar mengenai kisah hantu di ampaian dan kisah baldi merah yang ditanda nama saya beserta nombor telefon mama yang hilang diambil orang. Abah menyarankan agar saya pergi tengok sekali lagi bersama teman untuk mengesahkan kewujudan hantu duduk Tahiyyat akhir itu.

Sebelum pergi ke masjid, saya ke ampaian itu sekali lagi bersama seorang teman.

Tilam. Rupa-rupanya 'hantu' tadi hanyalah tilam yang dijemur di atas ampaian dan terjatuh secara tak sengaja ke atas lantai lalu against the tiang. Chett~




"Bismillah. Ya Allah, Kurniakanlah kepada kami anugerah (kejayaan) di dunia dan akhirat, serta peliharalah kami daripada azab siksa api neraka. Amiin."

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July