Universiti Kehidupan
Pengalaman dan keperitan hidup : umpama UNIVERSITI KEHIDUPAN
Bismillah. Rasanya dah lama sangat saya tak menulis dalam blog ini. Bukan apa, sibuk dengan kehidupan seharian. Tak sempat nak curi masa nak tulis blog.
Oh ya, baru-baru ini saya ada chat dengan sahabat-sahabat lama dari Stmfp dahulu – Syuhada, Syaamil, Nizar dan Lukman. Sebenarnya, jauh dari sudut hati saya, saya rindukan mereka sangat-sangat. Macam-macam yang kami bualkan…terutama pasal kehidupan universiti yang dilalui kini dan perancangan masa hadapan.
Ukhuwah fillan abadan abada:D
Syuhada dan Nizar dah berjaya dapat biasiswa (jpa ke mara ya?) untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan dan itu dah memang cita-cita mereka (dan juga merupakan cita-cita saya juga suatu ketika dahulu…namun masih belum tercapai…tak kisahlah jadi doktor apapun, asal bergelar doktor-sama ada Doktor Perubatan atau Doktor Falsafah). Tak salah andai punya cita-cita tinggi bukan? Syaamil pula sambung belajar sebagai ‘medical assistant’ atau pembantu perubatan. Lukman berjaya masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Farmasi .
Masa berputar pantas…semua benda berubah. Sahabat saya berubah, umur saya bertambah (masa hidup di dunia ini bertambah pendek), saiz badan berubah (makin bertambah dan berazam untuk mengurangkannya lagi…cheewah!)dan macam-macam lagilah.
Teman-temanku, kejayaan itu anugerah (ujian) daripada-Nya, jadi...usah leka dalam meniti kehidupan.
Saya tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaan serta kebahagiaan yang dikecapi oleh para sahabat saya ini. Semoga saya juga suatu hari hari nanti dapat ikut jejak langkah mereka, Insha-Allah. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan (mungkin juga kifarah atau ujian daripada-Nya), saya tetap tidak akan mengalah…malahan selepas melalui tiga tahun penuh suka duka dan pengajaran…saya dapat rasa diri saya makin matang dan bahagia.
Benarlah kata seorang senior saya tu (mungkin ini prinsipnya), “Everything happens have their own reasons.”-setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Dalam meniti hidup yang penuh suka dan duka ini, saya telah dapat belajar untuk menghadapi dan mengawal kemarahan saya (saya rasa saya jenis manusia yang cepat marah dan cepat sejuk) dan saya dapat belajar untuk berdikari; berdiri di atas kaki saya sendiri.
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Selepas menghadapi peperiksaan SPM, saya diduga dengan sedikit masalah kesihatan . Doktor dan ibu bapa saya menyarankan agar saya LEBIH INGAT TUHAN. Apa maksudnya lebih ingat TUHAN? Maksudnya, saya perlu mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslimah dengan lebih baik, misalnya solat di awal waktu, puasa sunat terutama hari Isnin dan Khamis, banyakkan berdoa (kerana doa itu senjata orang Mukmin), mengaji al-Quran (sekurang-kurangnya satu juzuk sehari), banyakkan selawat ke atas Nabi dan sebagainya. Kini saya juga lebih berhati-hati dalam memilih sahabat.
Ada orang cakap, “Bersahabat dengan orang jahat umpama berdayung di laut…walaupun tak tenggelam tapi tak lepas daripada rasa takut.”
Sahabat yang saya cari ialah sahabat yang benar-benar ingin bersahabat dengan saya atas dasar TAKWA terhadap-Nya.
Friend in need is a friend indeed.
Saya reda dengan apa yang telah terjadi sebelum ini. Masih ramai lagi yang diduga oleh Tuhan dengan ujian yang lebih berat daripada saya (justeru, saya masih tergolong dalam kalangan orang-orang yang bernasib baik, saya kira). Saya ingin memaafkan semua orang ( terutamanya sahabat saya yang seorang itu).
Bukankah Allah pernah berfirman (LEBIH KURANG macam nilah maksudnya):
“Seandainya kamu menutup keaiban sahabat atau saudaramu di dunia, nescaya di Hari Akhirat kelak Allah akan menutup keaibanmu.”
Saya amat mengasihi sahabat saya ini dan saya berharap dia tiada menyimpan apa-apa perasaan marah terhadap saya (dan memaafkan diri ini andai ada salah silap atau terkasar bahasa sepanjang kita belajar bersama).Saya juga ingin menegaskan bahawa saya sudah memaafkan kesilapannya cuma mungkin, persahabatan kita akan jadi renggang (tak macam dulu)- asal jangan putus silaturahim sudahlah (mungkin keadaan seperti sekarang adalah lebih baik). Bukankah hidup kita lebih bermakna andai kita saling maaf bermaafan?
Bila kita memaafkan sesorang, itu tandanya ada syurga dalam hati kita:D
Semoga hidup kita sentiasa bertambah amal untuk dijadikan bekal di hari yang KEKAL kelak. Saya sayangkan kalian. Buat yang membaca entri post ini,saya doakan moga berbahagia dan tenang selalu dalam mengharungi hidup.
Comments
Post a Comment