Hujan Rintik-rintik Lama-lama makin Lebat


 

Hujan
Yang turun bagaikan mutiara.
Bersinar berkilau berkedipan…
Kau datang dan kau pergi jua…
Rindu lagi…

Amboi panjangnya tajuk kali ni (Peduli apa saya)HAHA. Ini blog saya. Suka hati sayalah nak buat apa.

                                  “Ada saya makan nasi kat rumah awak ke?"

ungkapan ni yang paling saya rasa macam nak ketawa tiap kali dengar. Tak tahulah kenapa.
Okay, okay. Sebenarnya hari ni saya bukan nak cakap pasal hal di atas. Cuma masalah brain freezing yang buat saya rasa macam tak a
da idea nak blog pasal apa.

Haa…nak cerita pasal pengalaman naik motorsikal masa hujan. Saya bonceng je. Setakat naik motor keliling kawasan rumah tu bolehlah, tapi kalau nak naik atas jalan raya tu mungkin tak…sebab saya tak   ada lesen. Masa tu naik motor nak pergi ke English Plus Class. Awan dah mula gelap. Tapi kami berdua (saya dan kawan saya) dah tak peduli dah. Apa yang bermain dalam fikiran kami masa tu kami cuma nak sampai cepat ke kelas je. Biasanya, masa hari cerah, tak ada angin tak ada ribut, kami lah antara para pelajar yang sampai awal. Berdedikasi dan cemerlang lah katakan. Masa kakitangan kelas tak datang lagi pun kami dah terpacak depan Klinik, nak tunggu kunci pintu kelas dibuka. Kadang-kadang rasa macam jadi pak guard pun ada…thee hee.


“Early bird gets worm”

Maksudnya: Burung punai yang bangun awal dapat makan cacing (pandai-pandai).
Thee hee…maksudnya orang yang bangun awal ni rezeki mudah masuk. Jadi, bangunlah awal macam kami. Kami bangun pukul 5.00 pagi, bersiap sampai pukul 6.00. Lepak-lepak kat rumah sambil sarapan daripada pukul 7.00 hingga pukul 8.00 pagi (tokidoki (kadang-kadang) tengok MHI). Lepas tu terus pergi kelas  naik motor.


Awan yang gelap.

Oye, berbalik pada cerita hujan tadi. Kita anggaplah hujan yang turun tu hujan rahmat. Walaupun basah, tak adalah rasa macam nak marah-marah…sebab dah ada sebab musabab yang munasabah. Kalau takut basah, bawalah payung ke…tak pun pakai baju hujan macam kami. Pakai baju hujan polis pula tu (Dua-dua Cik Man punya). Bila tiba kat jalan raya rasa macam orang-orang kat lampu isyarat tu pandang semacam je kat kami sebab kami pakai baju polis (mungkin perasaan kami je kot. Jadi, jangan nak perasan okay :X).
Saya sedaya upaya melindungi buku-buku dan paper work (hak group pula tu) daripada basah kuyup ditimpa hujan. Jika tak, musnahlah paper work dan poster kami. Apa yang terdetik dalam hati saya masa tu,

“Biarlah aku yang basah, kertas-kertas penting  ni tak boleh basah.

Walaupun dah pakai baju hujan, apalah sangat yang membantu. Bahagian atas je tak basah, bahagian bawah dah kuyup dah.  Dahlah pakai baju kurung. Sebenarnya, boleh sangat nak pakai seluar slack dengan blaus atau long sleeves tu, tapi saya lebih suka pakai baju kurung, walaupun masa nak naik motor.

Pakailah baju kurung sokmo! (selalu)
Sampai je kat kelas, kelas dah dibuka. Berdasarkan selipar dan kasut yang dah tersusun kat hadapan tangga kelas tu, kami dapat buat konklusi bahawa dah ramai dah yang masuk kelas. Amri pun macam baru sampai je. Alah, dua minit awal daripada kami berdua je. Baru je nak melangkah naik tangga, terserempak pula dengan Mrs Jo. Macam nak pergi ambil bahan bantuan mengajar je.

“Morning Mrs Jo.”, kami sapa cikgu tu.
Sambil senyum, Mrs. Jo balas,
“Oh, make yourself comfortable.”, lalu dia turun menuju ke pejabat.
Jarang kami dapat tegur cikgu kami ni. Yalah, kalau ada pun, pasal nak tanya soalan mengenai akademik je. Tak lebih daripada itu.

Buka je tombol pintu kelas, ramai yang pandang kami macam kami ni alien dari planet Zuhal. Yalah, kain dah basah! Beg pun! Nasib baik segala benda – paper work, poster dan etc ada dalam beg plastic hitam yang bersih also known as plastic sampah tu tak basah teruk. Haha. Hanya itu cara yang terbit daripada minda saya untuk elakkan kertas-kertas penting ini basah, iaitu pau plastic hitam dalam laci rumah lalu masukkan kertas-kertas itu ke dalamnya dan ikat kemas-kemas sebelum dibawa ke kelas dalam keadaan cuaca hujan.


Apakah ini? –ini gambar kipas. Jika ingin cepat kering bila kena hujan, duduklah bawah kipas.

Secara tuntasnya, bolehlah kita ambil pengajaran di sini bahawa:
“Lebih baik anda belajar memandu kereta dan ambil lesen kereta. Kerana bila anda berada di dalam kereta…andainya cuaca hujan…anda tidak basah.”
Saya memang nak belajar memandu kereta pun. Tapi, nantilah dulu. Tak lari gunung dikejar…


Salam sayang,

Liyana:)







Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Ethics in Administration - Practices that may help you to score better in final exam!