Happy Weekend?
Minggu lepas saya, my parents dan adik saya yang ketiga ke klinik gigi kat Ketereh. Klinik tu milik sepasang suami isteri,iaitu Dr. Erma Fadzlya Ahmad & Dr. Muhamad Fazlyazwad. Klinik tu tulis pukul 8.00 pagi dah buka, tapi masih tak buka walaupun masa kami sampai tu dah pukul 9 lebih...kata kerani kat situ pukul 10.30 baru buka...jadi apalagi, kami pun pergi jalan-jalan lah kat sekitar Ketereh.
Ada beli paper hari tu, Kosmo!...cite muka depan pasal kematian mantan presiden diktator Libya, Muammar Gaddafi. Ada gambar beliau ditemui di dalam saluran pembentungan kat bandar...kata salah seorang pejuang anti-Gaddafi, "Dia(Gaddafi) menggelarkan kami tikus, tetapi tengoklah, kami menemuinya di mana?". Semasa beliau diheret ke jalan raya dan dipaksa menaiki salah sebuah ambulans, Gaddafi kelihatan keliru. Kepala dan badannya ketika itu sudah luka. Salah seorang saksi kejadian itu sedaya upaya menghalang para pejuang anti-diktator supaya tidak membunuh mantan presiden Libya itu, "Jangan bunuh dia, biarkan dia hidup." Rayuannya tak diendahkan. Sebelum beliau ditembak mati di kepala, beliau dipukul berkali-kali oleh seorang pemuda. Gaddafi ada meminta, "Tolong anak-anak, jangan bunuh saya.", namun rayuan itu juga tak dipedulikan. Akhirnya beliau mati ditembak oleh seorang pemuda yang berusia bawah umur, menggunakan pistol Muammar Gaddafi yang bersadur emas. Suspek yang menembak beliau juga dikatakan merupakan salah seorang daripada pengawal peribadi beliau sendiri. Kematian Muammar Gaddafi disambut dengan gembira oleh hampir keseluruhan rakyat Libya. Semoga pemerintahan berdemokrasi jadi kenyataan bagi Libya.
Oh ya, pasal check gigi tu, kitorang adik-beradik ni ingat Dr. Erma ada, rupa-rupanya, hanya Dr. Muhammad, suami dia yang bertugas hari tu. Huhu. Anis kena cabut gigi. Saya pulak kena simen gigi. Nasib baik gigi atas kat depan dah kena simen juga, sebab haus. Sakit juga, yalah...tak pernah saya kena simen gigi sampai kena pasang skru kat mulut ni...nasib baik dr tu ensem, haha. Kosnya mahal juga,RM 125 total 2 patient, saya dengan anis... tapi berbaloilah, dari kitorang tanggung sakit gigi kan? Patutlah dentist pun kaya...2 orang patient dah dapat rm100++...dalam sehari je, ish2...kalau sebulan??? kayo den...haha. Saya pernah nak pakai braces dulu, sebab rasa macam gigi depan ni ke depan sikit, taknaklah jadi limah jongang kan??? haha. Tapi, my dad tak bagi, katanya tak cantik...wateverlah, ada rezeki saya pakai...
Balik je kat rumah, my aunt Che Mah, Che Tie, ngan bapa sedara dan nenek beserta beberapa orang sepupu kami datang ziarah kitorang kat rumah. Best juga ada guest petang2...yalah, my mum masak lebih sikit, ayam goreng celup tepung dengan sup tulang pula tu! Ada cousin baru, nama dia baby Zarul Muttaqim...kalau tak silap sayalah. ahaha, nama suggesstion saya, hampir-hampirlah tu. comel, macam muka mami ngan dedi dia. sempat ambik gambar tapi malaslah nak upload.
Exam dah dekat. Seminggu *minggu depan, saya cuti. Nak stay kat tendong, rumah aunt saya tu. Bukan apa, nak study damai sikit. Takde gangguan. Insha-Allah berjaya, bitaufiq wannajjah.
My sister, Aifaa tengah gila buat kek. haha. Dia ambil subjek ERT, so lepas PMR memang dia dah plan nak spend time buat kek. Mama pun belilah tepung tu, telur, mentega, susu, coklat masakan...beli ni...bla bla...Semalam dia leka buat kek. tupun guna tepung buat kek segera. Tambah 4 biji telur je. Jadilah kek tu, cantik tapi rasanya biasa-biasa je, yalah, kek segera, beza rasanya dengan kek yang kita buat dengan adunan sendiri. A secret was revealed, mama cerita pasal bab memasak. Bila umur 21 tahun dulu, baru mama pandai masak, tupun sebab terpaksa, coz kena berbagi tugas time duduk kat rumah sewa dulu. so ma, no excuses for you to ask kak long to cook...ya?? haha, gurau je,sekarang mama dah berumah tangga, kena masak hari-hari, walaupun berkerjaya...sedap pula tu masakan mama. Along pun ingat nak nanti umo 21 juga lah. Jangan marah, I'll wash the dishes, walaupun tak cooking.
Pagi tadi bangun je buka periuk. La, ada kerang. Dah rebus dah. cantik-saya melantak sensorang kat dapur. Cicah dengan sos cili 1 Malaysia. Mak datuk, masamnya sos, rasanya macam sos tomato. Kena buat sos pencicah sendiri ni,huhu. Setakat ni, kedai rakyat 1 Malaysia dah ada kat Mydin...my parents pun dah beli groceries kat situ. Reasonable-cheap lah. Boleh beli. Barang bermutu lagi, *xcept the chilli sauce la kot? Teruskan usaha. Transformasi berjaya, rakyat Sejahtera...cheh, macam blog negara pula.
"Jadikan hidup lebih bermakna dengan mengabadikan cinta pada-Nya, keluarga dan diri sendiri:)"
Nurul Liyana (May Allah Bless Us)
Comments
Post a Comment