Dia Untukku
Amboi, sweetnya tajuk. Sebenarnya ni tajuk perbincangan rancangan Semanis Kurma. Alah, yang diacarakan oleh pendakwah terkenal Ustazah Dato' Siti Nurbaaya Mahmud dan suaminya tu, Ustaz Wan Akashah. Entah kenapa, rasa tertarik pula nak tonton rancangan ni, lagipun program tv yang lain malam tu tak best. Tambahan pula, ni kan majlis ilmu, ada baiknya juga kita tambah pengetahuan pasal jodoh ni, teehee. Jodoh itu apa? Jodoh tu maknanya selalu bertemu, serasi dan saling menyenangkan antara satu sama lain.
So, dalam rancangan tu juga ada tetamu jemputan, iaitu pasangan suami isteri yang sudah melangsungkan perkahwinan selama 1 tahun 8 bulan, iaitu Juara Imam Muda, Asyraf dan isterinya, Husna. Menurut beliau, mereka dipertemukan oleh sahabat handai di universiti, saling jatuh cinta dan terus kahwin. Bermula dengan hanya mendengar cerita mengenai Husna, Ustaz Asyraf tertarik dengan gadis itu tetapi tak berminat untuk bertemunya kerana beliau rasa Husna itu jodohnya. Jadi, Ustaz Asyraf tidak ingin merosakkan kemanisan yang bakal mereka kecapi dalam alam perkahwinan nanti dengan menjadikan Husna sebagai kekasih. Akhirnya, setelah keduanya giat melakukan solat hajat, istikarah dan berdoa, mereka disatukan sebagai pasangan hidup. Kini, Husna sudah hamil 8 bulan.
Mengikut Ustaz Wan Akashah, wanita hendaklah dikahwini kerana 4 perkara (correct me if i'm wrong):
1.Keturunannya
2.Rupa parasnya
3.Hartanya
4.Agamanya
Tetapi setiap satu perkarkar itu ada kekurangannya,jika kamu menikahi seseorang wanita kerana keturunannya, rupa dan hartanya, semuanya tidak akan kekal sama sekali tetapi, jika kamu menikahi wanita kerana agamanya, Insha-Allah, kalian bakal bahagia dan mempunyai zuriat soleh dan solehah. Amin. Saya pernah mendengar suatu ungkapan, "Jika kamu menginginkan perhubungan yang bahagia, maka menikahlah." Ya, betul juga. Jika kita ingin hubungan kita dengan si dia bahagia, maka kahwinlah, kerana dengan itu kita sudah menjalin hubungan serius dan terikat dengan komitmen sebagai suami dan isteri. Risiko membina rumah tangga itu ada, mungkin kita gagal melayari bahtera perkahwinan, tetapi bagi seorang insan yang waras fikirannya dan berilmu, dia sudah pasti akan sedaya upaya mengelak dari melafaz kata talak kerana "Sesungguhnya perkara halal yang paling dibenci Allah ialah- talak." Couple sahaja tak cukup rasanya, tiap kali kita menghadapi masalah, kita dengan mudah memutuskan perhubungan yang terjalin. Mlahan, couple juga mungkin menggalakkan kita ke arah perkara yang tidak dingini, umpamanya, zina.
Bukannya kita menolak fitrah, sebaiknya, elakkanlah bercouple. Kita masih boleh menyulam cinta tapi pastikan:
1.Cinta kita pada si dia kerana Allah
2.Ditemani mahram atau sahabat ketika ingin berjumpa.
3.Menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti lain seperti berpesatuan, sukan, hobi dan sebagainya agar hati kita tak sentiasa mengingatinya, untuk mengelakkan rasa kasih itu menembus kulit hati (zina hati dan sebagainya.)
Dan lain-lain...
Terdapat beberapa amalan yang boleh kita amalkan (terutama bagi orang yang masih belum ada jodoh) untuk mencari pasangan yang terbaik bagi diri kita:
1.Ketika hari jadi atau hari ibu kita melahirkan kita ke dunia, berpuasalah, dan berdoalah agar jodoh kita terdiri daripada orang yang soleh dan solehah. Kerana, Insha-Allah, doa kita pada hari itu akan dimakbulkan.
2.Amalkan bacaan surah-surah tertentu seperti:
-Toha: Ayat 131-132
-Al-Mukminun: ayat 29
-Al-Anbiya': Doa nabi Zakaria, ayat ke 89
*Panduan daripada Ustazah Siti Nurbaayah (Semanis Kurma)
Jika saya bertanyakan diri saya, apakah ciri-ciri suami idaman saya?:
-Menyenangkan hati
-Beriman
-Beragama
-Berkerjaya tetap
-Hormat wanita dan orang tua
-Hensem di mata saya
-Bijak
-Kelakar
-Boleh jadi suami yang baik...
Sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk dapatkan pasangan yang terbaik untuk diri kita. Sentiasa menjaga akhlak dan peribadi kita kerana, "Wanita yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik."
Comments
Post a Comment