Kerana Manisnya Cinta



Tajuk: Kerana Manisnya Cinta
Nukilan: Nurul Liyana


“Boleh tak kau jangan ganggu aku? Aku nak buat kerja rumah ni.”, Nisa menempelak Fairuz, memuncungkan mulutnya.

“Hei, sorry sangat Nisa, tapi please, let me sit in front of here. I promise, I will never disturb you. Ok?”, Fairuz meminta. Senyuman di bibir diukir semanis mungkin agar dapat melembutkan hati batu sang ratu.

“Ikut suka hati kaulah, asalkan kau jangan ganggu aku.”, bentak Nisa lagi. Tangannya ligat menulis esei yang perlu disiapkan sebelum esok hari. Mata Fairuz tidak henti-henti menjeling Nisa. Nakal sungguh. Fairuz berpura-pura membaca ketika Khairunnisa menjeling kembali ke arahnya tatkala menyedari dirinya diperhatikan seseorang.

“Nisa, bila kau nak faham perasaan aku…”, keluh Fairuz.  Kipas siling yang berpusing perlahan memburukkan lagi keadaan kelas 5 Alpha yang sedia panas itu.

“Masya-Allah, panasnya kelas ni…berhawa siot! Macam mana nak concentrate kalau panas macam ni? Confuse aku. Kau tak concern ke?”, Nizam bersuara tiba-tiba memecahkan kesunyian preparation class petang itu.

 “Kau banyak dosa ni…nah kipas.”, Fairuz membalas sambil disela ketawa kecil yang terkekek-kekek. Kipas kertas buatan sendirian berhad yang dilipat dari tadi dihulurkan. Kipas kertas berganti tangan.

“Apalah kau ni…lain kali bawalah air-conditioner ke…peti sejuk ke…”, Nizam membalas, tangannya mengipas-ngipas kipas kertas itu. Butang baju dibuka sedikit.

“Alahai, kalah Jun aku tengok cara tangan kau lemah gemalai mengipas tu Nizam oi!”, gurau Fairuz.

 “Jun…Jun mana ya? Mana ada budak perempuan nama Jun dalam batch kita ni Fairuz weh…kau ni agak-agaklah…”, Nizam menjawab.

“Alah…Jun…Junaidi yang ‘tangan patah’ tu.” “Jun kepala hotak hang…jantan macam tu pun kau samakan dengan aku ya…nah ambik.”, Nizam menyekeh kepala Fairuz. Fairuz mengaduh kecil. “Betul apa aku cakap..bila tangan dah lemah gemalai cam menari inang ni dah boleh panggil nama perempuan tau.”, kata-katanya disambut hilai tawa beberapa orang pelajar lelaki lain di hadapan.

“Jun…eh, Junaidi tu bukannya apa…Cuma kurang hormon Testosterone je…tu pasal naluri kewanitaan dan keibuan dia menebal sangat tu...”, jelas Maslina serius.

 “Ya? Ish,ish,ishh..”, Nizam membulatkan matanya. Fairuz pula ketawa agak kuat tanpa menyedari insan di belakangnya yang terganggu dengan lawak jenaka mereka.

  Nisa sedikit terganggu dengan kekacauan yang berlaku tadi. Dia mengemas bukunya lalu ingin beredar ke taman bunga sekolah untuk belajar di situ.

“Nisa, kenapa pula ni?”, Fairuz mendepangkan kedua-dua tangannya di hadapan Nisa.

“Aku dah bagi warning kat kau kan? Jangan kacau aku, sebab aku nak belajar! Saif pun satu, kenapa tiap kali preparation class dia mesti tukar tempat duduk dia dengan kau? Aku rimas dengan kau tahu tak?”, Nisa menghamburkan kata-katanya lalu berlalu pergi. Semua warga 5 Alpha berpaling menyaksikan drama pendek itu. Muka Fairuz berubah merona merah menahan malu kerana dibentak sebegitu. Nizam menarik tangan Fairuz mengajaknya ke tandas untuk menenangkan diri.

  “Nizam, aku tak sanggup lagi menahan perasaan aku ni, Aku terlalu sayangkan dia, Nizam.Aku sayang Nisa!”, luah Fairuz. Air mata lelakinya bercucuran.

 “Relakslah, Fairuz…we’re men…we have to be tough…kalau betul pun kau sayangkan dia, tak bermakna kau mesti menghadap muka dia hari-hari…kau patut bagi Nisa ruang untuk diri dia sendiri, Fairuz…Lagipun kitakan student lagi, nak SPM lagi tahun ni. Sabarlah Man, one year only to go.”, nasihat Nizam panjang lebar. Belum pernah Fairuz melihat Nizam seserius itu. “Thanks, Nizam. Kaulah sahabat aku yang paling baik…”, Fairuz memeluk sahabatnya itu. “Eh, apa peluk-peluk ni Fairuz…dahlah kita berdua je dalam toilet ni. Ke kau nak terjadi sesuatu yang tak diingini kat sini?”, gurau Nizam. “Opps, sorry…hehe..”, Fairuz tersengih.

“Hai Nisa.”, sapa Linda. Bahu Nisa ditepuk perlahan. “Oh, hai.”, Nisa mengukir senyum manisnya.

 “Nisa makan sorang je ke petang ni? Mana ahli dorm yang lain?”, tanya Linda, hairan. Biasanya, petang-petang begini selesai riadah, pasti semua pemimpin pelajar yang tinggal satu dorm itu turun makan di Dewan Makan beramai-ramai. Macam satu clique pula.

“Oh, ramai yang puasa sunat. Maklumlah, hari ni kan hari Khamis, Nisa uzur.”, balas Nisa.

“So, kita makan semeja nak?”, pelawa Linda.

“Nisa okay je.”, Nisa senyum lagi. Tahi lalat di bawah dagu kanannya menambahkan lagi kemanisan di wajah. Setelah lauk pauk dan nasi diambil, mereka menuju ke salah sebuah meja yang agak terpencil. Lebih privasi kata Linda.

 “Wah, sedaplah menu hari ni…Nasi Ayam dengan Jus Oren. Ada ais-krim cup vanilla pula tu. Oh, I like!”, Linda menjerit kecil.

 “Samalah kita, favourite Nisa juga.” Nasi Ayam disuakan ke mulut. Sedap sungguh makan nasi ayam di cuaca petang yang agak mendung itu.

Selesai makan, mereka pulang ke asrama. Dalam perjalanan ke sana, Linda bertanya,

“Nisa, kalau Linda tanya ni jangan marah ya?”

 “Okay, as long as benda yang Linda nak tanya tu benda yang baik-baik…Nisa takkan marah punya.”, Nisa menjawab. Baju kurung di bahagian pergelangan tangannya itu dilipat sedikit kerana agak labuh. Angin bertiup perlahan. Awan juga mula menampakkan tanda ingin hujan.

“Nisa gaduh dengan Fairuz ya petang tadi?”, Linda mengangkat keningnya.

 “Oh, tadi ke? Taklah…Cuma yalah…Nisa kan uzur hari ni…moody semacam…tak pasal-pasal pula Nisa tinggikan suara sikit kat Fairuz tadi sebab dia buat bising time Nisa study…Nisa tak ada niat pun nak marahkan dia. Tapi, tak tahulah…kot-kot dia merajuk ke.”, Nisa tunduk. Dia mengeluh perlahan. Sedikit kesal kerana tidak dapat mengawal emosinya petang tadi. Padahal Fairuz itu sahabat baiknya. “Oh, macam tu. Linda bukan apa…sayanglah kalau korang gaduh…padahal korang kan bestfriend.” Perbualan mereka terhenti di situ memandangkan waktu Maghrib akan tiba tak lama lagi. Nisa meminta diri lalu berlari-lari anak ke dorm.

“Nasib baik aku uzur…dahlah lewat ni.”, bisik hati Nisa.

Nisa mencapai toiletries lalu melangkah ke bilik air. Air yang bercucuran membasahi tubuhnya dirasakan amat dingin sekali. Sedingin hati si jejaka yang merajuk diherdik sang ratu barangkali. Fikiran Nisa tertumpu pada Fairuz sekarang.

“Marahkah dia? Merajuk ke dia?”,hanya itu yang bermain di benaknya waktu ini. Nisa memicit sedikit krim pembersih wajahnya lalu disuakan ke paip singki. Buih-buih yang terhasil disapu dan diurutkan ke wajah. Wajah Nisa sudah semula jadi putih. Bibirnya juga merah bak delima merekah. Alis matanya juga lentik. Tidak hairanlah dia menjadi antara gadis yang diminati di sekolah kerana Nisa anak kacaukan Melayu-Bugis. Seorang budak tingkatan 1 yang sedang memberus gigi di singki bersebelahan asyik melihat wajah Nisa yang putih bersih itu. Matanya tidak berkelip. Dia membisikkan sesuatu kepada rakannya yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik air.

“Kakak tu cantiklah…macam pelakon Indonesia Julie Estelle tu…alah…yang berlakon dalam sinetron Amanah Dalam Cinta tu…” Rakannya mengangguk perlahan. Nisa perasan dirinya diperhatikan dari tadi. Ketika Nisa berlalu ingin keluar, juniornya itu memuji lagi,

 “Cantiklah kakak ni.” Nisa sedikit terkejut. Dia senyum lalu berkata,

“Biasa-biasa je dik…thanks.” Kakinya cepat melangkah untuk kembali ke dorm. “Kuat mengampu betul budak-budak sekarang ni…”, tawanya sendiri.

Nisa mengenakan seluar track berwarna biru dan T-Shirt London pemberian ibu saudaranya yang melanjutkan pelajaran ke London dalam Bed.TESol. Maklumlah, malam ni malam Jumaat, jadi kelas persediaan tiada. Nisa duduk di meja belajarnya. Gambar keluarganya yang dibingkaikan cantik terletak elok di atas meja. Sebuah patung mainan arnab kecil pemberian Syasya, adiknya diletak di tepi. Arnab itu bagai senyum memandang Nisa. Nisa kemudian membuka buku Sejarah Tingkatan 5. Dia menyambung nota Sejarahnya yang belum selesai. Cermin mata berbingkai tebal berwarna hitam dicapai lalu dipakainya. Nerd sungguh wajah Nisa tatkala mengenakan cermin mata sebegitu. Pernah beberapa kali Fairuz menegur Nisa dek cermin matanya yang berbingkai tebal ala-ala professor tak bertauliah itu. Macam mak nenek katanya.


Nisa tidak suka cermin mata jenama Lives yang dipilih sendiri di kedai Federal Optical milik Cina Kota Bharu itu direndah-rendahkan sebegitu. Baginya, dia nampak lebih bijak dan intelek dengan mengenakan kaca mata sebegitu. Biarpun kerap diusik oleh Fairuz, Nisa jarang marah-marah. Hal ini kerana Nisa kembali sejuk dek melihat senyum dan tawa mesra yang terbit dari bibir Fairuz, menyebabkan dia membatalkan niat untuk memarahi sahabatnya yang satu itu. Tetapi, entah mengapa hari ini dia gagal mengawal emosinya. Fairuz kelihatan agak terkejut dan sedih dimarahi sebegitu rupa. Apa yang pasti, Nisa benar-benar tidak maksudkan apa yang dikatakan kepada jejaka itu petang tadi.

 "Maafkan Nisa...", detik hati kecil Nisa. Tumpuannya terhadap buku Sejarah sedikit terganggu namun jari-jemarinya masih ligat menari di atas kertas, menyiapkan nota Sejarah Bab 2 itu.

Tepat jam 9.00 malam,kedengaran bunyi derapan tapak kaki dari arah masjid menuju ke asrama. Para pelajar yang telah selesai menunaikan tanggungjawab kepada Illahi pulang ke asrama. Wajah masing-masing kelihatan agak letih. Mungkin kerana dek penangan ceramah Ustaz Abdul Rahman yang memakan masa setengah jam itu. Pintu dorm C2-1 itu dikuak perlahan. Salam diucap,

 "Assalamualaikum...".

"Waalaikummussalam. Amboi, awal balik? Takde acara baca Yassin ramai-ramai ke?", sapa Nisa. Amirah, Laila, Aisya, Hana, Kamelia,Memey dan Fatin melabuhkan punggung ke atas katil empuk masing-masing. Hampir kesemua warna cadar katil mereka berlainan warna dek keran perbezaan rumah sukan. Telekung dibuang. Fatin dan Aisya menuju ke lokar untuk menyalin pakaian. Panas memakai long-sleeves barangkali.

"Laa...sebelum ceramah dah baca Yassin lah Nisa.", balas Laila. Rambut ikal mayangnya yang panjang itu disikat rapi dan diikat satu bagai ekor kuda.

"Nisa lupa...", ujar Nisa pendek. Giginya yang putih bersih terserlah ketika dia senyum dan memaparkan giginya. Kamelia yang sudah siap lengkap berpakaian baju kurung dan telekung sekolah berwarna putih itu duduk di birai katil.

"Kawan-kawan, kita pergi makan, nak?", ajaknya. Sememangnya perutnya berkeroncong lagu 'Keroncong Untuk Ana' sejak dari tadi. Ban yang dibeli petang tadi disuapkan ke mulut. Dikunyah perlahan.

"Kita pergi makan pukul 9.30 lah ya, Lia? Lagipun awal sangat ni...dining pun tak buka lagi.", balas Memey pula. "Lia orait je.", Kamelia menyapu sisa ban di bibirnya.

"Nisa buat apa tadi?", tanya Memey.

"Nisa siapkan nota sejarah tu. Alhamdullilah, dah siap dah. Memey, jom pergi bilik tv, ada drama Cina yang best punya malam ni. Dah nak start ni.", ajak Nisa.

Jomlah, boring jugak, sementara tunggu nak pergi makan ni. Tapi, kita bersiap dululah. kita pakai baju kurung terus, pukul 9.30 ni kita pergi makan. Amacam?", jawab Memey.

"Set!", Nisa menegakkan ibu jarinya tanda setuju.

Malam itu dingin sekali. Fairuz termenung di koridor asrama, matanya memerhatikan para pelajar junior yang sibuk membasuh pakain di bilik air terbuka. Kolah yang besar itu penuh berisi air. Beberapa orang pelajar kelihatan seperti berendam dan 'snorkeling' di situ. Angin malam yang sejuk menyapa tubuhnya. Damai sekali. Menenangkan jiwa dan fikirannya yang kacau.



   Pagi yang cerah itu, Nisa bangun agak lewat, dek ke'uzurannya", dia berpeluang meluangkan masa untuk tidur lebih lama. Bantal busuk berbentuk ala-ala botol susu berwarna-warni itu agak sukar dilepaskan dari rangkulannya ketika tidur, dek kerana hujan turun malam tadi membuatkan tidur jadi lebih nyenyak dan nyaman. Nisa melakukan rutin hidupnya seperti biasa, mandi, makan, inspection dan ke kelas persediaan. Dia sudah lali dengan semua itu. Agak bosan, tapi, apakan daya, itulah cabaran hidup di asrama.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July