Hidayah


HIDAYAH
Nurul Liyana Kamaruddin
www.writingisapassion.blogspot.com
“Assalamualaikum, cikgu!”, Kelas 2 Neptune gamat dengan suara para pelajar yang memberi salam kepada Guru Kelasnya, Cikgu Azlina. “Waalaikummussalam, hari ini saya nak perkenalkan seorang pelajar baru bagi kelas kita. Christine, sila perkenalkan diri kamu.” Seorang gadis Cina melangkah masuk. Tubuhnya agak berisi. Mukanya juga agak bulat, manakala pipinya tembam. Sesekali pipinya bertukar kemerah-merahan dek disakat peljar kelas aku. Matanya sepet dan bibirnya agak mungil. Rambut hitam lurusnya diikat satu seperti ekor kuda. Cukup comel.“Selamat pagi, nama saya Christine Ai Guat. Saya berasal dari Johor Bahru. Saya berpindah ke sini kerana mengikut ayah baru membuka cawangan bisnesnya di sini. Saya berharap kalian akan memberi tunjuk ajar dan bimbingan buat saya sepanjang persekolahan saya di sini. Terima kasih.” Para pelajar bertepuk tangan setelah dia selesai memperkenalkan diri.
Dia mengatur langkah lalu duduk di meja kosong bersebelahan denganku. “Hai”, sapa Christine padaku sambil melemparkan senyumannya yang manis. Aku membalas senyumannya. Kami berbual seketika.

Setelah beberapa hari di situ, dia nampak agak mesra dan ceria orangnya. Dua orang budak Siam di kelas aku juga agak gembira menerima Christine. Maklum sahaja, hanya mereka bertiga pelajar bukan Muslim di dalam kelas ini. Kelas menjadi semakin gamat kerana kehadiran mereka bertiga ini. Sesekali kedengaran mereka bertiga bercakap dalam bahasa Mandarin dan ketawa kuat. Sehingga kadangkala terpaksa ditegur dahulu. Vickylika dengan lagak tomboinya, manakala Sakunie agak pendiam orangnya. Selain peramah, Christine ternyata cerdas orangnya. Dia agak bijak, terutama dalam matapeljaran Matematik. Jadi, dia banyak membantu kami dalam pelajaran.

Peperiksaan Menengah Rendah telah tiba. Kami mendudukinya di dewan sekolah. Aku agak mengantuk hari itu kerana mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Aku terlelaptatkala melewati soalan Sejarah nombor 32. Tidurku terganggu kerana sebuah pemadam yang dilempar Christine yang berada di sebelahku. “Syafiq, dah siap ke jawab soalan tu? Ada 10 minit lagi.”, dia berbisik perlahan. Aku menggeleng dan berasa agak gelisah. Masih banyak soalan yang belum dijawab. Dia pantas menyalin jawapannya lalu melemparnya padaku. Nasib baik pengawas peperiksaan tidak nampak. Aku menjwab semua soalan dan menarik nafas lega. Apabila kami keluar dewan, aku mengucapkan terima kasih padanya.
Selepas tamat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik dan hebat diadakan. Aku berhasrat untuk mengambil bahagian. Begitu juga dengan Christine. Kami berpakat untuk menyertai Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta atau Research and Development (R&D). Oleh kerana ibuku seorang doctor, maka aku meminta dia memberi cadangan. Ibuku mencadangkan kami menghasilkan ubat demam dengan menggunakan gula-gula, kerana kanak-kanak kurang gemar makan ubat. Lantaran bentuk dan warna gula-gula yang menarik dan berwarna-warni, kanak-kanak pasti suka makan gula-gula itu.





Okey je. Lagipun, orang perempuan lebih pandai bab bagi nama pada resepi ni. Lagipun, aku kan lelaki sejati…”, aku sekadar bergurau. Lisa menjegilkan matanya. “Eh, ke situ pula dia. Bukanke kat hotel-hotel teranama di luar sana kebanyakan tukang masaknya lelaki?”, dia membalas. Aku ketawa kuat. “Ya tak ya juga ek. Up to youlah nak bagi nama apa. By the way, nama tu pun dah okay..”. Projek ini memerlukan sedikit kemahiran memasak. Banyak masa diluangkan di makmal computer sekolah untuk mencari resepi gula-gula. Mujur Lisa pandai memasak. Walaupun hasilnya tidak seberapa, namun kami berjaya menjuarai pertandingan peringkat sekolah kerana penyampaian projek kami yang agak menarik. Tambahan pula, Christine agak fasih berbahasa Inggeris, maka dia diberi sepenuhnya tanggungjawab untuk menyampaikan projek ini. Manakala Lisa dan aku bekerjasama untuk menyiapkan ‘slide show’.

“Lisa, don’t you think this project is too simple?”, aku mengatur bicara. “Erm, aku pun fikir macam tu. Tapi tak sampai hati la pula sebab nikan idea mak kau.” Lisa menjawab seraya matanya masih lagi tertancap di skrin computer. Mencari maklumat mengenai demam panas. “No, it’s alright. If you have a better idea, I’ll be okay with that. Maybe yang melibatkan other diseases ke?”aku bersuara lagi. “Why don’t we ask Puan Mazinah je? She must have a good idea for us. Mrs. Chan pun mungkin boleh Bantu kita. By the way, this is our school’s project. Kita je yang participate dalam pertandingan ni, kalau kalah ni…malula kita.”Kami mengatur langkah ke makmal Biologi. Mujur guru Biologi itu masih belum pulang. Beliau memberi cadangan agar kami mencipta ubat khusus untuk merawat penyakit Diabetes dengan menggunakan buah katak puru. Tanganku ligat mencatat apa yang perlu kami lakukan pada nota. Setelah selesai, kami pulang dengan hati yang puas. “Siapa nak bawa buah katak puru ni?”, Christine bertanya. “Aku jela. Lagipun ayah aku tu kerja kat Jabatan Pertanian. Mungkin ada buah katak puru kat sana kot?”, Lisa menjawab.

“Hey, why you are looking at me dari tadi? Rimaslah Fiq!”, Christine menegurku. “No, I’m looking at the test tube. Such a nice colour...”, aku berdalih lagi. “Yeah right. So, berapa isi kandungan glukos dalam tu? Saya nak catat ni.”, Christine bertanya lagi. Beberapa minggu ini kami agak sibuk dengan projek ini. Lisa pula asyik berkepit dengan computer ribanya, bertungkus-lumus menyiapkan ‘slide show’ untuk penyampaian projek nanti. Sudah 3 hari dia tidur lewat katanya. Aku juga apa kurangnya, seharian menghadap computer melayari internet mencari maklumat mengenai buah katak puru bagi lampiran projek. Kami juga tidak putus-putus berdoa gar projek ini memenangi pertandingan itu.
Suasana di Dewan Gemilang Sekolah Alam Shah agak gamat dengan tepukan para hadirin. Pertandingan bermula. Satu demi satu kumpulan membentangkan projek mereka. Idea masing-masing tidak kurang hebatnya. Aku agak gugup. Mujur ada Christine dan Lisa menenangkan aku. Giliran kami tiba. “Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Today our group will present you the “Cynometra Cauliflora As The Cure for Diabetes Mellitus.”Now. I’ll give this responsibility to Christine to present this project. Please Welcome. Pamplet mengenai projek ini dibahagikan kepada para pengadil. “Good Morning. Cynometra Cauliflora is the scientific name for ‘Buah Kodok’ or ‘Buah Katak Puru’,it’s normally known by Malay people who do love this exotic fruit very much. It’s containing less glucose and antioxidant. Besides, its seed can be blended and produced as the cure for diabetes type 2, Diabetes Mellitus. We have cooperation with University Science Malaysia Kubang Kerian to study about its seed. Finally we manage to produce the cure for the Diabetes Mellitus.”‘ Slide show’ di hadapan menunjukkan gambar-gambar kami menjalankan eksperimen dan prosedurnya. “The hypothesis is accepted and Cynometra Cauliflora’s seed is proved can be the cure for Diabetes Mellitus after it is tested to a few patient in the hospital. They become healthier and the contain of glucose in their blood also decrease. The percentage for them to cure from this fatal disease is 50%.” Kedengaran tepukan gemuruh daripada para hadirin ketika kami menamatkan sesi pembentangan projek kami. Seterusnya giliran para pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah.

Sesi pengumuman pemenag pertandingan ini kini tiba. Kami bertiga agak berdebar-debar menanti keputusan. “The second runner up winner for this R&D Competition is, Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret.” “The first runner up is the participants from Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil with their project, “Cynometra Cauliflora As The Cure For The Diabetes Mellitus.” Kami menaiki pentas dengan hati yang amat gembira. “The champion for this year is the participants from Tunku Kurshiah College, with their project, “Kadok Plant As The Cure For Breast Cancer.” Kami membawa pulang hadiah wang tunai RM 5000 beserta trofi dan sijil. “Wow, kita menang! Alhamdullilah.”, aku mengucap syukur. “Tak sangka kita dapat menang tempat kedua kan. Maklum sajalah, ramai yang berbakat dengan projek mereka yang hebat di sini.”, Lisa mencelah. Christine pula tidak henti-henti mengukir senyum manisnya.

Lagu Takdir Cinta dendangan Rossa kubiarkan melalak di dalam kelas petang itu. Bukan apa, sementara menunggu guru dan rakan-rakan sekelas masuk, aku mengambil kesempatan mendengar lagu. Bosan! “Wah, bestnya lagu tu. Kau bawak handset ya?” sergahan gadis bermata sepet itu agak mengejutkanku. Kusangka hantu Cina mana… “Kus semangat. Terkejut aku!Kau Christine! Tak reti bagi salam ke?”:aku mengurut-ngurut dadaku Rsanya kalau aku mempunyai penyakit lemah jantung, mahunya pengsan terus.
“Hey, You’ve got to be kidding Fiq? I’m Christian...”, Christine mencuka. “Oh, I’m so sorry..” aku lantas meminta maaf atas keterlanjuranku. “Bestnya lagu…lagu baru ek? Aiyaa…kau bawa handphone? Nanti kena rampas dengan cikgu baru tau. Nasib baik aku bukan pengawas bertauliah, haha..”, dia ketawa terbahak-bahak. Gadis Cina ini memang aneh, dia lebih berminat dengan lagu-lagu Melayu,lebih-lebih lagi lagu-lagu dari Indonesia.“Takdela baru sangat. Kalau kau tak bagitau cikgu, memang sah-sahlah dia tak tahu, faham?”. Christine mengangguk tanda setuju. “Aku nak Bluetooth lagu tu, boleh?” “Kau ni, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Memang betul tak bertauliahlah pengawas ni.” ,aku ketawa kecil. Tiba-tiba guru kelasku masuk. Kelas tambahan itu bermula. Setiap kali aku berasa mengantuk aku akan mengusik Christine. Kadangkala rimas juga dia diperlakukan begitu olehku hingga terpaksa bertukar tempat duduk dengan Ehsan, untuk mengelakkan dirinya digangguku.

Keakraban kami memang tidak dapat disangkal lagi. “Bagi isi dengan kuku.” Pernah sekali aku putus cinta dengan Alia, budak perempuan paling cantik di sekolah. Dialah yang menemaniku dan memberi nasihat agar aku tidak terus murung dan hanyut. Air mata lelakiku menitis di hadapannya. Malu rasanya apabila terkenangkan semua itu. Namun, dialah satu-satunya gadis yang memahami aku. Pernah juga kuluahkan rasa hati ini padanya, namun dia menolak atas alasan terlalu awal buat kami menyemai cinta. Lagipun, latar belakang kami yang berlainan bangsa dan agama agak membataskan hubungan kami.Aku akur dengan permintaannya, malahan menunggu dan terus menunggu dengan doaku yang tidak putus-putus agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk menerimaku. Ah, Christine, kubenar telah jatuh cinta!

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah berlalu. Kini kami cuma menunggu keputusannya sahaja. Akhirnya hari yang dinanti tiba. Aku dan Christine mendapat 10A+ dalam peperiksaan itu. Kami sama-sama ditawarkan biasiswa di luar negara. Bezanya, aku di Mesir dalam bidang perubatan manakala dia di Jepun, dalam bidang Bioteknologi. Kami sangat gembira.

Beberapa tahun kemudian…

Aku menerima pelawaan Christine yang mengajakku chatting di Yahoo Mail, rindu katanya.

Christine: Hai
Syafiq: Hai, sihat ke?
Christine: Sihat je, buat ape?
Syafiq: Baru lepas solat. Kau?
Christine: Dinner dengan kawan-kawan tadi kat kedai Sushi. Anyway, aku ada benda
nak cakap.
Syafiq: Apa?
Christine: About Islam. Takdela, since I was here, banyak sangat yang I tahu pasal
Islam. Malahan, I pernah cuba puasa tau Ramadahan yang lepas. Lagipun,
badan dah makin besar. Nak diet. Just one thing yang I tak puas hati sangat.
why Nabi kahwin 9? Tak cukupke seorang isteri?
Aku menarik nafas panjang. Tidak sangka gadis ini berminat mengenai Islam. Otakku ligat berfikir. Mencari jawapan.
Syafiq: Urm, semua benda dalam dunia ni ada sebabnya. Nabi kahwin sembilan pun
bersebab, isteri baginda dalam kalangan orang-orang yang susah, miskin, janda
dan balu. Baginda kahwin dengan mereka kerana semata-mata ingin membela
nasib kaum Hawa ini.
Christine: Oh macam tu. I thought lebih kepada mengikut hawa nafsu. Yalakan, lelaki
memang suka kahwin ramai.
Syafiq: Ya ke? I setia pada yang satu je.haha.
Christine: Yeah right. Anyway, susah tak belajar medic ni?
Syafiq: Takdelah susah sangat. I ada minat. Lagipun, memang cita-cita I nak jadi doctor.
Christine: I pun minat sangat Bioteknologi. Walaupun bidang baru, namun ada potensi
besar untuk dikembangkan di Malaysia.
Syafiq: Okaylah, I ada hal ni. Got to go. Salam sayang, Christine! Ada masa kita chat
lagi.
Christine: Tata.

Laptop Apple kesayangku itu kumatikan.Aku menarik bantal pelukku. Sebenarnya badanku letih sangat. Sekadar.ingin melelapkan mata kerana tadi aku baru sahaja menjalankan eksperimen pembedahan ke atas mayat dari India. Memang kebanyakan mayat dari sana agak murah, maka hal ini memudahkan kami untuk melakukan pembedahan ujikaji. Sesekali tergambar wajah mayat itu yang sudah hampir reput. Menurut pensyarahku, mayat yang kumpulan kami bedah merupakan mangsa yang mati lemas di pantai dan tidak dituntut jenazahnya. Aku agak ngeri. Namun, mulutku terkumat-kamit membaca ayat Kursi hingga terlelap.Bangun esoknya, badanku agak panas. Baru sahaja melangkah ke bilik air, kepalaku agak pening akibat kepanasan. Aku rebah di dalam bilik air. Kepalaku terhantuk di lantai. Aku pengsan.

Adam rakan sebilikku melangkah masuk. Dia menjerit kuat tatkala melihat badanku terkulai layu di lantai bilik air yang basah. Aku dipapah masuk bilik. “Fiq, bangunlah. Kau sakit ke?” , dia agak gelabah melihat mukaku yang pucat, bibirku biru. Dahiku agak panas. Aku hanya sedar setelah mukaku dibasahi air. “Aku rasa aku demam panaslah, Am. Kau tolong bawa aku ke klinik ya?”, pintaku lemah. “Kau jangan risau, jap lagi kita ke klinik.” Setelah ke klinik, aku berehat di bilikku. Aku tidak ke kuliah hari ini. Langkahku agak lemah. Panggilan daripada Christine kuterima.

“Helo? Are you alright? I’m quiet shocked bila dapat tahu you demam sampai pengsan. Adam told me.”, dia bersuara, agak bimbang. “Yeah, I’m alright. Just a little bit dizzy. Susahkan kau je.”, aku membalas. “ No, takpe. Get well soon, ya. Jangan lupa makan ubat.Okay, bye.” “Bye”. Aku agak gembira kerana dia agak prihatin padaku. Terasa ingin pengsan lagi.haha. Dua hari kemudian, demamku kebah.

Aku kini berjaya menamatkan pengajianku, begitu juga Christine. Kami sama-sama lulus cemerlang. Sekembalinya ke Malaysia, aku menerima sepucuk surat daripada Alumni Kamilian, mengenai Majlis Sireh Pulang Ke Gagang. Aku tersenyum. Inilah kesempatanku untuk berjumpa dengan guru-guru dan kawan-kawan lama. Christine pasti hadir juga nanti.

Suasana di dewan sekolah agak meriah hari itu. Aku segak berbaju kemeja batik hijau pucuk pisang dan seluar slack hitam. Aku ternanti-nanti kelibat Christine. Namun, batang hidungnya masih belum kelihatan. Aku berbual dengan beberapa orang rakan lamaku. Ada yang hadir bersama, isteri, suami dan kekasih masing-masing. Ada juga yang datang tidak berteman. Begitu juga aku, sendirian. Sesekali kami mengimbau kenangan lama kami di sekolah. Masih terbayang di ruang mataku kami berlari-larian di padang sekolah. Aku rindu detik-detik manis itu.

Tiba-tiba pandangan mataku tertarik pada seorang gadis yang berbaju kurung moden serta bertudung ala Wardina. Setelah lama mengamati, rasanya aku kenal wajah itu. Tidak salah lagi, itu Christine! Aku membuka langkah menuju ke arahnya yang sedang leka berbual lalu menyapanya. “Hai, Christine. What a surprised! Buat gimik ke pakai macam ni?”, aku menghulurkan tanganku, ingin bersalaman dengannya. Tetapi dia menolak dengan menyembunyikan tangannya ke belakang sambil tersenyum. Riak wajahnya tenang, malahan lebih ayu daripada Christine yang aku kenali dahulu. “Saya minta maaf. Tapi, saya tak boleh bersalaman dengan awak. Saya seorang muslimah.”,dia menerangkan. Aku tersipu malu. “By the way, saya bukan Christine. My name is Leia. Leia Az Zahra Abdullah.”, ucapnya lembut. “Oh, Chris..em, I mean Leia dah convert to Islam?”, Aku bertanya lagi. “Yes, and I never feels so much better. There are so many things happen in the oversea that make me change. Discoveries in Biotechnology also show so many miracles. Everything in this world has their Creator. Come, let’s have a sit. There’s so much story I have to tell you.” Christine mempelawaku. Aku membuntutinya ke kerusi yang berhampiran lalu duduk. Senyuman yang tak lekang dari bibinya membuatkan aku tak kekok berbual-bual dengannya, walaupun kami sudah tidak lama bersua muka.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July