Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum.

Salam Ramadan, semoga Ramadan kali ini lebih bahagia dan berkat, terisi dengan amal ibadah yang bertambah. Amat rugi sekali andai kita sia siakan waktu lapang kita dalam bulan yang mulia ini tanpa sebarang pengisian untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Saya sudah bercerita mengenai pengalaman saya sewaktu menghadapi Speaking Test, bukan? Sekarang ini sambungannya untuk pengalaman sewaktu menghadapi paper MUET yang lain iaitu Reading, Writing dan Listening.

Saya bersama teman-teman terpaksa berhempas pulas mencari kenderaan untuk ke SMS Machang, malahan usaha kami untuk mendapatkan sebuah van bagi menghantar kami ke sana menempuh jalan sukar kerana kebanyakan van atau dikenali sebagai ‘tenggiling’ di UITM Manchester sudah ditempah. Bukan semua calon private MUET mendaftar di SMS Machang. Ada yang mendaftar di Rantau Panjang, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu...Gua Musang pun ada! 

Namun Alhamdullilah, Pak Cik Mat bersetuju menghantar kami seramai 14 orang pada hari Sabtu, ada dua destinasi di Machang, SMK Hamzah dan SMACH. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dan sampai di sana kira-kira pukul 7.40 pagi.

Debaran kian terasa. Paper pertama ialah paper reading. Reading ni paper objective, kena tanda atas kertas OMR guna pensil 2B. Tapi jangan pandang sebelah mata, walaupun cuma soalan berbentuk ABCD dan hanya 45 soalan serta 6 petikan, paper ini penyumbang markah terbanyak untuk MUET iaitu sebanyak 40%! Petikannnya sangat panjang, dan adalah dinasihatkan sebulan atau 2 bulan sebelum exam (atau bila-bila masa anda free sebelum exam) sila baca surat khabar atau majalah bahasa Inggeris untuk membiasakan diri dengan petikan panjang. Contohnya News Straits Times, The Star, Times, Reader’s Digest and so forth. Novel bahasa inggeris tak digalakkan baca untuk MUET sebab tak banyak menyumbang pun. Bila baca petikan, spend masa 10 minit sahaja, lepas tu terus jawab soalan. 
Soalan TRUE, FALSE dan NOT STATED memang keliru. Jadi, perlu banyak buat latihan dan kenal vocabulary sebab bahasa yang digunakan bukan bahasa Inggeris biasa. Kebanyakan dari kita hanya terdedah dengan Bahasa Inggeris mudah...broken pun ada! Jadi, biasa-biasakanlah buat latihan. Download dan buat practise buku merah (dalam muetmyway.blogspot.com). Rasanya dan banyak kali saya remind anda yang berminat untuk refer blog cikgu ni!

Paper kedua pula ialah paper writing. Writing ada 2 soalan, Question 1 biasanya keluar visuals macam graph, table, pie chart dan lain-lain. Kalau keluar graph dan table kena relate lah info antara 2 benda tu, sila refer buku rujukan MUET atau blog di atas untuk cara menjawab question 1. Jangan main jawab macam esei atau report je question 1 ni tau sebab memang ada caranya yang khusus untuk menjawab soalan ini. Sila spend masa dalam 40 minit sahaja untuk jawab soalan ni. Paling penting, rangka dahulu sebelum jawab dan jangan lebih dari 200 patah perkataan. Question 2 bebas sedikit, kena bagi pendapat...takpun kena discuss atau agree/disagree. Lain dari Question 1, Question 2 bolehlah nak guna peribahasa atau gurindam bagai aka bahasa bunga-bunga. Peruntukkan masa dalam 50 minit untuk soalan ni. Make sure grammar betul (setakat mampu!) dan pastikan tulisan kemas agar senang hati examiner tercinta melihatnya....

Paper 3 listening. Saya amat bertuah kerana menjadi calon MUET di SMACH kerana kualiti speaker (pembesar suara) sangat bagus! Kami siap minta pengawas exam tutup  semua kipas sampai dewan tu jadi macam oven sebab takut tak dengar! Ha  ha. Paper listening, kita akan diberi satu kertas A4 kosong beserta kertas soalan. Dalam kertas soalan tu jugalah kita jawab –tulis atau bulatkan ABC. A4 tu pula sambil-sambil kita dengar apa yang listening CD tu cakap kita catat...manalah tau kot kot boleh membantu masa menjawab. 30 minit sahaja paper ni. Sangat suntuk. Oleh itu pastikan anda betul-betul mendengar...bukan setakat hear but we listen to get information!

Alhamdullilah, sekarang semua paper dah complete. Saya sudah berusaha, maka saya hanya bertawakkal kepada Allah. Niat saya menulis mengenai MUET ini cuma satu, mahu share dengan kalian yang berminat untuk tahu suasana dan serba sedikit cara menjawab exam ini. Doakan kejayaan saya dan teman-teman moga berjaya beroleh band 4 ke atas agar kami dapat menyambung ijazah kami nanti! Amin Ya Rabbal Alamin. 

Salam Ramadan al Mubarak.


Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET