Blues II
بسم الله الرحمن الرحيم Kenapa kau cipta cinta Sedangkan tika ini kau biar cinta retak seribu Tanpa daya upaya Tanpa kemahuan Agar cinta dapat kau selamatkan Aku keliru Aku hairan Aku marah Jelas Nyata itu kamu Pengkhianat sejati cinta akrab persahabatan! 5:57 pm 10/2/2013 Mak, ngantuk... Ewah,ewah. hari ini korang mesti kata aku jiwang lagi, kan. Tak, atas ni pasal perasahabatan yang telah musnah. Sajak ni tercipta bila kawan aku gaduh dengan roommate dia. Semoga diorang dapat berbaik semula, Insya-Allah. Korang tahu tak, aku baru perasan bahawa 28 Februari tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum tarikh itu dicapai. Kenapa dengan tarikh tu? Em...sebenaqnya teman tak siap assignment individu lagi. Teman yang bagi nasihat, pedoman kat kome sume tapi last-last teman sendiri pula yang tak terbuat assignment tu? Hairan sungguh. Pelik Bin Aneh! Apa nak aneh sangat, aku ni mudah terlupa orangnya. Terutama bila hidup aku sekarang ni ...