Alahai CSC sayang...

بسم الله الرحمن الرحيم


Masa aku mula-mula tengok jadual kuliah aku dengan penuh khusyuk dan tawadhu', aku memang attracted sangat bila melihat perkataan yang tertulis "CSC". Maklum sahaja, aku memang suka navigate dengan ICT. Suka edit-edit gambar dan suka try benda baru yang berkaitan dengan multimedia. Aku tak sangka itu hanya anggapan aku. CSC telah banyak mengajar aku *miss fatin sebenarnya* bahawa ICT aka multimedia bukan semudah meniup bunga lalang yang diretus di padang rumput. Makin banyak yang kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu dan aku mulai bersetuju dengan kata-kata ini. At first, aku enjoy sangat subjek ni. Malahan setiap kali ada quiz, aku dapat score. Walaupun berada pada tahap sederhana, at least mark aku tak gagal, so that aku anggap subjek ni bukan tough sangat sehinggalah kem JPAM bermula dan assignment CSC untuk buat poster diberikan. 

Pada malam aku balik JPAM, tak ada seorang pun dalam bilik aku dan aku terpaksa merempat tidur di atas tilam seorang insan bernama Ain di bilik Nadz yang pada masa tu aku tak pernah jumpa atau terserempak di mana-mana. Esoknya, aku bangun solat, dan sambung tidur balik sehingga matahari terpacak tinggi di atas langit. Jangan salah faham, semua ni berlaku bukan sebab aku malas tetapi kerana latihan medan Jpam amat memenatkan. Malam itu satu kelas berkumpul di bilik Nadz, semata-mata nak siapkan poster. I almost cry like a baby *amboi manja* sebab takleh nak buat poster tu. Entah, feelings and emoticon aku bercampur baur sehingga aku ambil keputusan untuk berhenti dan solat.

 Selepas solat hati aku lega sebab ada sahabat aku sanggup tolong aku buat poster dan tentunya aku tercongok memeluk bantal memerhatikan cara buat poster guna Adobe Photoshop. Memang rumit di pandangan mata sebab kena padam dan edit situ sini. Alhamdullilah, poster aku siap juga tapi aku notice benda tu tak kemas. Sebab letih punya pasal, aku submit je assignment aku kat Nadz sebab dia kena burn semua project tu dalam satu CD dan hantar kat Miss. Aku bersyukur sebab aku dapat siapkan juga assignment aku walaupun letih.

Di sini aku show kat korang assignment yang aku buat awal-awal lagi persediaannya dan dengan sepenoh aty- gituuu -persembahkan, web statik. Poster dan animasi yang aku buat tu aku simpan buat tatapan aku seorang dan untuk aku menilai sendiri mengenai attitude aku yang suka tangguh kerja. Insaf -.-, doakan aku insaf.

Website Statik -Kitorang (ni assgnemnt group) buat website yg jual dessert. Oh, tq kpd mana-mana website yg kami buat rujukan tu ya. Dah lupa website mana. Apapun, kitorang paling SUKA buat website compared to other CSC'S assignments.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July