Baldi yang Kosong

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua orang mengimpikan baldi yang kosong
Tapi kenapa baldiku makin penuh?
Baldi biru bertanda nama dan nombor talipon
penuh berisi pakaian kotor termasuk stokin belang-belang hitam dan kelabu beserta
stongeng hitam dan warna kulit (peach)
bila nak disettle basuh
mungkinkah esok
mungkinkah lusa
atau
aku hantar dobi aka balik rumah aje
lalu basuh dengan washing machine kat rumah
percuma tak perlu bayar 2 hengget untuk 1 kilo baju yang mahu dibasuh
Baldi kosong
baldiku kosong
selepas aku struggle habis-habisan
basuh baju dan segala benda yang ada dalam tu
letih tapi puas hati bila melihat pakaian dijemur di ampaian
dan baldiku yang kosong
Aku letak toiletries dalam baldiku yang kosong
agar tak ada siapa yang nak pow baldiku itu
kecuali meminta daripadaku dengan ikhlas beserta santun
Baldiku yang kosong,
sampai bilakah mampu bertahan? 

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July