Sayang kalian (Khas buat budak2 Smart Reader sesi 2012)
gambar budak2 kaya:D |
Pagi tadi kelas masih diteruskan. Kelas terakhirlah hari ni. Betapa dedikasinya Puan Naginder sehinggakan tiga orang pelajar telah dipanggil untuk ditemuduga di hadapan kelas. Mula-mula Husna Nabilah, lepas tu Najimie dan akhir sekali saya. Dahlah saya tak bersedia untuk temuduga olok-olok ni. Nasib baik tak gementar. Antara soalan yang diajukan beliau kepada saya ialah:
1.Tell me about yourself, and what is your ambition?
2. Students are being not discipline in school. As a teacher, how do you plan to overcome these problems?
3. Caning students in public. Do you agree?
4. Who is your role model? (Role model saya ditukar, untuk disesuaikan dengan kerjaya.)
sibuk tanya pasal cara-cara nak tulis resume:D |
Alhamdullilah semuanya dapat dijawab, cuma bila tiada persediaan, bahasa Inggeris yang digunakan semasa saya berkomunikasi itu jadi macam slang pula. Tapi, tak apalah kan...sebab yang penting intipati dan cara kita menjawab soalan. Sekurang-kurangnya saya dah buat "All Out" di situ. Pasal caning, atau merotan pelajar sebagai hukuman tu jadi topik brainstorming antara pelajar dalam kelas hari ni sama macam topik "Adakah belajar di luar negara lebih baik daripada dalam negara." dan pasal 'agriculture' dalam negara. Macam-macam pendapat bernas:D
Kelas kami yang comel~ |
Puan Naginder banyak senyum dan agak cool hari ni (seperti hari-hari biasa sebenarnya.) Pada akhir kelas, kami ambil gambar dalam kelas bersama-sama. Banyak kali senyum namun suasana sayu dan terharu dah muncul. But, none of us were crying, instead of that we were smiling broadly and wished each other good luck in everything we do.
First row dengan second row (LALALA, our group The Emeralds) are the groups that gave gifts to Puan Naginder. Puan Naginder tu aka Mrs. Jo lah. Tetapi, belum sempat kami nak bagi hadiah yang kami beli khas untuk teacher tu, Puan Naginder pula yang bagi hadiah kepada kami. Girls got brooch and the boys got neckties.
sebelah kiri sekali tu, namanya Khairul Asyraf, budak yang paling banyak tanya 'akak' ni pasal Bi... |
barisan hadapan ni pula adik2 SMK kubang bemban yg tomei2... |
Masing-masing peluk Puan Naginder erat-erat selepas bersalaman dengan beliau. Sayang, Puan. Semoga kita dapat jumpa lagi di masa hadapan. Kata-kata Puan Naginder itu saya anggap sebagai satu doa. Insya Allah, everything will fall into their places. Like what she had said in the past class,
"Man proposes, God disposes."
**Credits to Shahanim Shukri for the pictures above. thanks.
Comments
Post a Comment