Impian Terindah
Lady Liyana
Bismillah, Assalamualaikum semua.
Hari Khamis lepas saya pulang ke rumah. Broadband sengaja saya tinggalkan di bilik sebab tak nak percutian saya di rumah selama 1 hari setengah terganggu dek Facebook, Blogger dan macam-macam lagilah. Ternyata, usaha yang saya lakukan untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga membuahkan hasil kerana mulut saya tak henti-henti bercerita kepada abah, mama dan adik-adik mengenai pengajian saya.
Di rumah, makan pun sedap-sedap je, yalah...dah lama tak makan masakan mama. Walaupun malam tu kami satu keluarga makan nasi berlaukkan ikan goreng dengan kicap sebab mama letih dan tak sempat masak, saya tetap rasa gembira, sebab saya masih berkesempatan menjamah air tangan mama saya.
Waktu petang saya habiskan dengan melihat dan buat inspection ke atas bilik tidur saya. Saya buka kotak Keepsake Ghostbird, dan lihat gambar-gambar lama semasa sekolah dahulu dan surat surat daripada teman-teman. Buat ke seratus empat puluh lima kali, saya ingin nyatakan di sini, saya amat merindui sahabat-sahabat saya.
Malamnya, saya meluangkan masa menonton drama korea sebanyak 16 episod, bertajuk 'Dream High'. Jalan ceritanya best juga, berkisar tentang kehidupan para pelajar di Kirin Art School, sebuah sekolah seni di Korea. Hye Mi, seorang remaja perempuan yang berasal daripada keluarga yang berada terpaksa berpindah ke sekolah ini demi melangsaikan hutang bapanya yang bertimbun secara paksa oleh pemiutang itu.
Di bawah ada beberapa gambar yang saya snap (PrintSc dan Ctrl, actually) daripada drama episod ini:
Bagi saya, cerita ni best. Tak rugi menontonnya. Jadi, rajin-rajinkan diri download ya. It's FREE:) tHEE hee.

P/S: "Bismillah, Ya Razzaq, kurniakanlah kami , hamba-hamba-Mu ini kejayaan, iman dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat." ^^Sentiasa bergantung harap pada Allah, tidak kira di mana jua anda berada.
Comments
Post a Comment